NEW HOLLY WOOD, IPOH

Tempat ni memang tersangatlah fofuler dikalangan warga ipoh. Kat sini macam-macam ada. From Chinese cuisine, Malay Cuisine, western cuisine dan ada banyak pilihan makanan yang boleh kita pilih. Semuanya Halal. Alhamdulillah. Kat sini buat konsep gerai-gerai, so, pilihan terletak ditangan korang nak makan apa. Seat availability memang limit. Korang kena datang awal, kalau tak keras kejunglah kena tunggu sampai orang kat situ habis makan. hehe. 

Kul7.00pagi tu dah boleh start enjin kereta. Best visit sampai pukul 11.00pagi je -___^ . Hari Isnin kadang-kadang tutup, kadang-kadang buka. Hari biasa aku ingat tak penuh. Rupenye penuh je. Weekend lagilah ramai..memang korang kena datang awal. 


laki aku order char kuew teow yang superb sedap ni. Cooked by chinese people then rasanya memang awsome. Price dalam RM5

Aku order nasi lemak sambal udang. Udang mana udang? adalah main sembunyi ibu kat bawah telur goreng tu tu. Nasib baik sedap. Disebabkan aku lapar nasi memang habis lah aku makan.

 
Kopi Ais kat sini memang power. Laki aku yang cakap. Memang favourite dia kopi ais ni. Aku order teh tarik je (Kat sini sebut teh je takde tarik2)

Disebabkan lapar lagi pastu terjeling meja sebelah punya makanan, aku hint kat laki aku order roti telur goyang ni. Then laki aku pun order. Memang terasa macam kat kopitiam. Harga RM4

Pada mulanya kitaorang lepak berempat dengan kakak dan abang ipar tapi dieorang dah beransur sebab kerja pagi tu. So, kitaorang pun selfie je berdua. Memang kat sini port biasa kakak dan abang ipar aku makan setiap kali sarapan. 

^
^
^
Sebenarnya ada lagi menu yang lebih sedap dan glamer kat sini. Yong tau foo goreng (Gambar atas) dan Chee Cheong fun (Gambar Bawah). Gambar ni hambik kat google. So, lepas ni kalau korang datang sini boleh lah try order menu yang aku recommend ni. 
v
v
v

Selamat mencuba



No comments: