OLIMPIK RIO 2016 : MALAYSIA VS INDONESIA (MIX DOUBLE FINAL)

(image : google)

Cerita dua hari lepas. Berlangsungnya siaran langsung di skrin gergasi aksi Malaysia di pentas Akhir Sukan Olimpik Rio 2016 menentang pasukan Indonesia. Husband aku ajak lepak dataran Putrajaya presint 3 nak bagi semangat kat team kita ni. Aku pun ok je lah. 

Aku sampai sini lepas maghrib. Dalam kul8 tu aku keluar rumah cepat-cepat mengenangkan parking kat Putrajaya ni agak susah sikit. Husband aku tunggu kat sana sebab dia baru habis mengayuh basikal dengan team office. So, boleh lah cop kan tempat siap-siap. Kot2 la orang ramai sangat kan. Padahal duduk atas padang rumput je pun. Bukannya ada seat khas ;p

Bila sampai sana, alahai... aku ingat orang dah ramai. Ko boleh guling-gulinglah kat situ sambil nyanyi lagu janam..janam..


ok. Dah jumpa dah husband aku kat sini. So, ape kita nak buat. Layan dulu game Quarter Finale antara Datuk Lee Chong Wei dengan negara China Taipei. Game start 7.30malam. Malaysia menang 2-0. 

Big Screen berdekatan dengan pintu gerbang bangunan perbadanan putraya. 

Husband aku sempat lagi ber'Pokemon-Go' sementara nak tunggu game seterusnya. Orang masih lagi tak ramai  masa ni. Masa ni kitaorang layan game Antara Lin Dan (China) dengan peserta dari Negara Great Britain. Aku tak ingat namanya siapa. 

Food truck adalah dalam 6 bijik macamtu. So, kalau lapar memang takde masalah. 

Disebabkan kami tak makan malam lagi, kami tapau patty totilla dan Chessy meatball. sedap gak. (Tetiba rasa lapar balik)

Pada mulanya perlawanan dijadualkan bermula 10.50malam. Pastu boleh pulak postpone pukul 11.30malam atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  Kalau korang nak tunggu ke sampai kul 11.30 malam. Esok keje ni. Disebabkan dah menunggu sampai tahap lenguh pinggang, sakit belakang badan aku pun bertahanlah. Bukannya apa. Risau balik rumah, takde siaran langsung pulak kat RTM. Almaklumlah rumah den takdo ASTROK. 

Then layan lagi game antara Chen Long (China) dengan Denmark (pun tak ingat nama). Lamanya la hai kena menunggu. Mata dah start tertutup-tutup dah ni. Ikutkan badan rasa nak balik rumah je masa tu.

Orang dah start ramai. Maybe sebab dieorang fokus nak tengok game Beregu kita. 

Reporter dan Media pun ada standby kat belah belakang. 

Gigih pakcik makcik ni bawak anak-anak datang sini malam-malam. Semangat!

Dalam kul 11.30malam, game pun start. Memang perlawanan yang sangat mendebarkan. Laju betul beregu dari Indo ni. Totowi mu make ghapo. kuat betul smash ko. gerun. yang Liyana Natsir pulak suka main Net. Benci betul aku tengok. huhu. Emo sekejap. Tapi They deserve to win this game. Memang pandai sangat cari peluang. 

(image : google)
Nampak mereka ni selalu berinteraksi dan kerjasama masa dalam game. Solute!

(image:google)
Team kita tak kurang hebatnya. Laju juga. Cuma kena lebih banyak berinteraksi kot (Commentar sukan yang cakap)

(image : google)
Malaysia berjaya meraih perak. Syabas diucapkan. 

Walaupun bukan rezeki Malaysia untuk membawa pulang Pingat emas, mereka dah menang di hati rakyat Malaysia sebenarnya (Ewah) sebab mereka adalah team pertama beregu campuran yang berjaya masuk ke final untuk sukan Olimpik ni. Caiyalah...!

Jadual Game malam ini. Kalau tak silap game Datuk LCW  menentang Lin Dan Pukul 7.30malam (Semi Final) Then, Beregu lelaki pukul 10.30malam (Final)

Jadual Esok. Harap-harap Malaysia menang malam ni!

Boleh cek jadual perlawanan dan detail Olimpik Rio dekat SINI








Post a Comment