Showing posts with label Foodhunter. Show all posts
Showing posts with label Foodhunter. Show all posts

RESIPI APAM GULA HANGUS


Nah.. tetibe terajin nak mengukus apam. Caranya mudah je rupenye. Baru first time buat. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. 


Bahan-bahannya;

Gula (1/2 Cawan) - jadikan gula hangus
Tepung Gandum (1 1/2 cawan)
Butter (2 sudu)
1 sudu teh soda bikarbonat 
2 biji telur 
2 sudu susu pekat
Minyak masak (1/2 cawan)

Cara-cara membuat : 

1. Gula dihanguskan. Bila dah cair campur dengan air dan sejukkan
2. Dalam blender, masukkan telur, susu, marjerin dan minyak masak. Kisar dalam anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula hangus yang dah disejukkan tadi bersama bikarbonat.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar sehingga sebati 
5. Kukus adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak selama 45minit. 

Kalau nak guna acuan plastik tu pun boleh tapi sebab takde, aku pakai loyang je. 

p/s : Kalau adunan cair boleh tambah tepung lagi supaya adunan x mendap dan basah di bahagian bawah. 



NEW HOLLY WOOD, IPOH

Tempat ni memang tersangatlah fofuler dikalangan warga ipoh. Kat sini macam-macam ada. From Chinese cuisine, Malay Cuisine, western cuisine dan ada banyak pilihan makanan yang boleh kita pilih. Semuanya Halal. Alhamdulillah. Kat sini buat konsep gerai-gerai, so, pilihan terletak ditangan korang nak makan apa. Seat availability memang limit. Korang kena datang awal, kalau tak keras kejunglah kena tunggu sampai orang kat situ habis makan. hehe. 

Kul7.00pagi tu dah boleh start enjin kereta. Best visit sampai pukul 11.00pagi je -___^ . Hari Isnin kadang-kadang tutup, kadang-kadang buka. Hari biasa aku ingat tak penuh. Rupenye penuh je. Weekend lagilah ramai..memang korang kena datang awal. 


laki aku order char kuew teow yang superb sedap ni. Cooked by chinese people then rasanya memang awsome. Price dalam RM5

Aku order nasi lemak sambal udang. Udang mana udang? adalah main sembunyi ibu kat bawah telur goreng tu tu. Nasib baik sedap. Disebabkan aku lapar nasi memang habis lah aku makan.

 
Kopi Ais kat sini memang power. Laki aku yang cakap. Memang favourite dia kopi ais ni. Aku order teh tarik je (Kat sini sebut teh je takde tarik2)

Disebabkan lapar lagi pastu terjeling meja sebelah punya makanan, aku hint kat laki aku order roti telur goyang ni. Then laki aku pun order. Memang terasa macam kat kopitiam. Harga RM4

Pada mulanya kitaorang lepak berempat dengan kakak dan abang ipar tapi dieorang dah beransur sebab kerja pagi tu. So, kitaorang pun selfie je berdua. Memang kat sini port biasa kakak dan abang ipar aku makan setiap kali sarapan. 

^
^
^
Sebenarnya ada lagi menu yang lebih sedap dan glamer kat sini. Yong tau foo goreng (Gambar atas) dan Chee Cheong fun (Gambar Bawah). Gambar ni hambik kat google. So, lepas ni kalau korang datang sini boleh lah try order menu yang aku recommend ni. 
v
v
v

Selamat mencuba



AIS BUAH PEKAN IPOH

Bagi sesiapa yang masih belum familiar dengan jalan dan makanan ipoh meh aku introduce sikit pasal port baru aku ni. Aku ni pun takdelah arif sangat jalan2 kat area ipoh ni. Kalau ada laki aku kat sebelah insyallah la aku bole ingat sikit-sikit. Try sorang2 drive, mati kutu aku nak cari jalan. Tapi sekarang ni pakai waze pun dah bole jumpa jalan. Insyallah bole survive. No worries!


Ni kali kedua aku datang tempat ni. Bagi yang suka makan kat tempat2 ala2 street food mmg kat sini tempatnya. Cuma, bezanya kat sini majoriti peniaga n pelanggan adalah kaum cina. Mungkin sesetengah orang tak biasa dengan tempat2 macamni termasuklah aku (pada mulanya). Tapi, rupa2nya tempat ni pun jadi tumpuan orang melayu kita. So, aku confident sikit lah nak try ais buah kat sini. 

Bagi masyarakat di pekan ipoh, makan kat tempat2 yang bercampur2 dengan kaum lain adalah situasi yang sangat biasa. Tapi sesetengah kedai makan je lah. Bukan semua. Sampai sekarang aku masih tak ingat apa nama kedai ni. 

Kebetulan ada sembang dengan salah sorang pelanggan kedai ni sementara nak tunggu order aku sampai. Dia pulak menapau untuk anak2 dia. Dia memang suka order ais buah kat kedai ni sebab buah dia mewah. Tambahnya pulak kedai tu memang dah wujud sejak dia masih kecik lagi (dia sekarang berumur 40-an). Dia ada lah cakap menu lain yg memang jadi kegemaran dia sejak dulu sbb semuanya handmade. Keaslian tetap dikekalkan walaupun sejak bertahun lamanya. 


Aku dengan laki aku biasanya akan order semangkuk je sebab portion agak besar. Then, akulah yang rajin kokak buah2 kat atas tu. Ais ngan aiskrim kasi kat laki aku. Hehehe. Aku kan hantu buah ๐Ÿ˜‚