RESIPI APAM GULA HANGUS


Nah.. tetibe terajin nak mengukus apam. Caranya mudah je rupenye. Baru first time buat. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. 


Bahan-bahannya;

Gula (1/2 Cawan) - jadikan gula hangus
Tepung Gandum (1 1/2 cawan)
Butter (2 sudu)
1 sudu teh soda bikarbonat 
2 biji telur 
2 sudu susu pekat
Minyak masak (1/2 cawan)

Cara-cara membuat : 

1. Gula dihanguskan. Bila dah cair campur dengan air dan sejukkan
2. Dalam blender, masukkan telur, susu, marjerin dan minyak masak. Kisar dalam anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula hangus yang dah disejukkan tadi bersama bikarbonat.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar sehingga sebati 
5. Kukus adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak selama 45minit. 

Kalau nak guna acuan plastik tu pun boleh tapi sebab takde, aku pakai loyang je. 

p/s : Kalau adunan cair boleh tambah tepung lagi supaya adunan x mendap dan basah di bahagian bawah. 



Post a Comment