Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

OLIMPIK RIO 2016 : MALAYSIA VS INDONESIA (MIX DOUBLE FINAL)

(image : google)

Cerita dua hari lepas. Berlangsungnya siaran langsung di skrin gergasi aksi Malaysia di pentas Akhir Sukan Olimpik Rio 2016 menentang pasukan Indonesia. Husband aku ajak lepak dataran Putrajaya presint 3 nak bagi semangat kat team kita ni. Aku pun ok je lah. 

Aku sampai sini lepas maghrib. Dalam kul8 tu aku keluar rumah cepat-cepat mengenangkan parking kat Putrajaya ni agak susah sikit. Husband aku tunggu kat sana sebab dia baru habis mengayuh basikal dengan team office. So, boleh lah cop kan tempat siap-siap. Kot2 la orang ramai sangat kan. Padahal duduk atas padang rumput je pun. Bukannya ada seat khas ;p

Bila sampai sana, alahai... aku ingat orang dah ramai. Ko boleh guling-gulinglah kat situ sambil nyanyi lagu janam..janam..


ok. Dah jumpa dah husband aku kat sini. So, ape kita nak buat. Layan dulu game Quarter Finale antara Datuk Lee Chong Wei dengan negara China Taipei. Game start 7.30malam. Malaysia menang 2-0. 

Big Screen berdekatan dengan pintu gerbang bangunan perbadanan putraya. 

Husband aku sempat lagi ber'Pokemon-Go' sementara nak tunggu game seterusnya. Orang masih lagi tak ramai  masa ni. Masa ni kitaorang layan game Antara Lin Dan (China) dengan peserta dari Negara Great Britain. Aku tak ingat namanya siapa. 

Food truck adalah dalam 6 bijik macamtu. So, kalau lapar memang takde masalah. 

Disebabkan kami tak makan malam lagi, kami tapau patty totilla dan Chessy meatball. sedap gak. (Tetiba rasa lapar balik)

Pada mulanya perlawanan dijadualkan bermula 10.50malam. Pastu boleh pulak postpone pukul 11.30malam atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  Kalau korang nak tunggu ke sampai kul 11.30 malam. Esok keje ni. Disebabkan dah menunggu sampai tahap lenguh pinggang, sakit belakang badan aku pun bertahanlah. Bukannya apa. Risau balik rumah, takde siaran langsung pulak kat RTM. Almaklumlah rumah den takdo ASTROK. 

Then layan lagi game antara Chen Long (China) dengan Denmark (pun tak ingat nama). Lamanya la hai kena menunggu. Mata dah start tertutup-tutup dah ni. Ikutkan badan rasa nak balik rumah je masa tu.

Orang dah start ramai. Maybe sebab dieorang fokus nak tengok game Beregu kita. 

Reporter dan Media pun ada standby kat belah belakang. 

Gigih pakcik makcik ni bawak anak-anak datang sini malam-malam. Semangat!

Dalam kul 11.30malam, game pun start. Memang perlawanan yang sangat mendebarkan. Laju betul beregu dari Indo ni. Totowi mu make ghapo. kuat betul smash ko. gerun. yang Liyana Natsir pulak suka main Net. Benci betul aku tengok. huhu. Emo sekejap. Tapi They deserve to win this game. Memang pandai sangat cari peluang. 

(image : google)
Nampak mereka ni selalu berinteraksi dan kerjasama masa dalam game. Solute!

(image:google)
Team kita tak kurang hebatnya. Laju juga. Cuma kena lebih banyak berinteraksi kot (Commentar sukan yang cakap)

(image : google)
Malaysia berjaya meraih perak. Syabas diucapkan. 

Walaupun bukan rezeki Malaysia untuk membawa pulang Pingat emas, mereka dah menang di hati rakyat Malaysia sebenarnya (Ewah) sebab mereka adalah team pertama beregu campuran yang berjaya masuk ke final untuk sukan Olimpik ni. Caiyalah...!

Jadual Game malam ini. Kalau tak silap game Datuk LCW  menentang Lin Dan Pukul 7.30malam (Semi Final) Then, Beregu lelaki pukul 10.30malam (Final)

Jadual Esok. Harap-harap Malaysia menang malam ni!

Boleh cek jadual perlawanan dan detail Olimpik Rio dekat SINI








MISI MENCARI BARANG BABY & MEATBALL IKEA

Ni cerita weekend lepas. Tak plan pun tapi tetiba rasa nak berjalan sangat. Boring duduk rumah. Walaupun tak berapa nak larat nak jalan lama tapi cuba gagahkan diri jugak. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Lama jugaklah aku berjalan. Dari tengahari bawak ke malam. Bodyguard sentiasa ada kat sebelah. Comfort lah sikit kan. ;D

Nak promo lip matte best. Pengaruh blog dan IG kuat sangat ni. Kalau benda tak bagus takdelah orang pakai kan. So far, aku baca review lip matte ni tak mengecewakan. So, aku pun belilah satu. 

Aku beli Nude colour. Sesuai utk orang yang suka mekap natural ni. 

Nak beli? Boleh jenguk IG Iman Saiful

Aku dah mula merasakan muka aku semakin bulat dari hari ke hari. Serius aku suka dengan perubahan ni. Laki aku pun cakap dulu cengkung bak orang tua *siot*. Sekarang nampak chubby sikit.

Destinasi kami ke Shah Alam. Banyak lah survey kat internet & FB kedai-kedai barang baby ni. Kalau diikutkan rasa teringin ni nak je pergi semua baby shop. Tapi survey slow2 orang kata. Barang takkan habis. Cuma pandai-pandailah nak memilih.  

First kedai Moms House BabyShop. Terletak di Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam. Kedai ni ada 2 lot. 1 lot lagi bersebelahan dengan kedai ni jugak. Just Seperate baju, tilam, napkin, suction pum breast dan barang-barang lain. Satu lot lagi menjual stroller, Carrier, Maternity panties n bra. Harga kalau korang pandai compare, boleh lah tau beza mahal ke murah. Kat sini beli barut baby je. Beli sikit-sikit katanya.

Lepas tu, kami pergi pulak SACC Mall. Kebetulan dah dekat kan. Singgah lah kejap. Apa yang ada tu kena tengok-tengok dulu lah kan. Pusing-pusing sambarlah juga beberapa barang baby. Time macamni dah tak heran dengan barang sendiri. Kalau lalu pun just jeling-jeling je. Memikirkan ada lagi barang penting yang kitaorang kena beli so, lupakan jelah. 

Aku ajak laki aku lepak la kat mana-mana sebab kaki aku dah start lenguh and penat. minum-minum ke. Dia bawak aku keluar dari bangunan SACC tu. Kebetulan ada Pesta buah kat luar tu. Tak ingat apa nama pesta tu. Tapi yang penting buah-buahan berlambak-lambak. 

Aku memang pantang nampak buah ni. Tambah pulak buah tempatan macam manggis dan rambutan. memandangkan seminggu sebelum aku dah balun rambutan 3kilo kat kampung laki aku. So, aku belilah manggis sekilo. Nak rasa-rasa kononnya sampai sekilo beli. gilo. tu mencekik namanya. hehe. Laki aku dok belek-belek durian kat situ. Last2 beli durian IOI dalam packet. Jadiklah dapat merasa sikit-sikit. Aku tengok je. Nak makan takut. huhu. 

Then, kami ke Kota Damansara pulak. Panjang betul langkah. Kebetulan laki aku nak cod barang basikal kat situ. Menyinggah la ke IKEA. Dah dekat sangat kan. Lagipun dah lama sangat ngidam nak makan meatball IKEA ni. Akhirnya tertunai juga. Terima kasih My husband!



#MOVIE : PIXEL

Salam semua. 

Semalam punya cerita. Selepas balik kerja sharp terus ke Dpulze, Cyberjaya. Dating dengan husband (walaupun kerja satu bangunan nak dating jugak kan..hehe) rancangnya nak tengok wayang. Plan asal nak beli tiket online. Tapi memandangkan husband aku lupa password TGV dia, at last, kitaorang walk in beli tiket je  ke sana. 

settle beli tiket, jalan-jalan dulu sementara tunggu wayang start. ada beli makanan sikit (jeruk buah) untuk makan dalam wayang. Disebabkan makanan yang dijual kat tgv agak mahal, aku seludup la jugak makanan bawak masuk dalam wayang. wakakaka. (nak jimat punya pasal). Just beli air je la untuk hilangkan dahaga. beli Large size satu share minum berdua... (ohhh... sweet sangat)

beberapa hari yang lepas kitaorang layan "The Making of Pixels" kat tv. tu yang husband aku teringin sangat nak tengok movie 'PIXELS' ni. Macam best kata dia, ;p


memang tabiat kalau bergambar dia suka buat muka selebet macamtu.

posing depan wayang. Annoying je kan pakcik sebelah aku ni aku ajak selfie depan wayang. mana taknya, selfie pakai henpon dia.. hihihi...

Habis layan movie, layan game kat pusat game betul-betul sebelah TGV. 

Tukar Cash = TOken dulu. satu token bersamaan RM1


Game ni memang favourite husband. Main Grab doll dalam machine. comel-comel je tengok doll kat dalam tu. 5x try nampaknye tak berjaya. sebab apa? aku rasa besi grab tu macam longgar je. Dah lah doll dalam tu susun padat2. memang susah lah nak grab. tipu tau. Tapi, husband aku ni suka je. dia enjoy betul dia mengadap  bende alah ni. Kalau tak dapat dia akan kata bukan rezeki kita. (yelaaa...plz be positif)

Then, kitaorang keluar terus dari mall  cari tempat makan kat luar :)



#Latepost : Choleq Jalan Reko, Kajang

Salam semua.

Entry ni dah berkurun, baru sempat nak masuk dalam blog. Agenda utamanya, En Ezwan nak mencari barang vape kat area Jalan Reko ni. So, dah alang-alang kat situ, en ezwan suggest lah nak makan kat situ. Ni kes nak mancing binik lah kan sebab nak  p tempat favourite dia (kedai vape apa tah namanya.. lupa) Alhamdulillah.. dah lama sangat teringin nak makan kat sini, akhirnya dapat gak makan kat sini (kesan terpengaruh tengok gambo kat fb member)

Whatever, kenalah mengisi perut dulu. Kalau dah masuk kedai vape tu, memang tak ingat nak makan dah. So, sebelum binik mengamuk kenalah pujuk perut binik dulu yang kuat mentekedarah ni kan. hehehe.. (ampun husband!!!)

Location : berdekatan dengan Econsave Jalan Reko, Kajang

Choleq ayam cherang

Disebabkan risau makan tak habis, Kitaorang order 2 menu je.  Choleq ayam cherang dengan Nasi Kak Wook. Nasi kak wook aku dan en ezwan bahagi 2 then request makan kat pinggan. asalnya dalam bungkusan macam kat atas tu. Then, Makan berlaukkan Choleq ayam cherang.

Nasi Kak wook lebih kurang macam nasi kukus konsepnya (Takde gambar) Pada aku, biasa-biasa je lah rasa menu yang aku order ni. Kena rasa menu lain pulak kalau nak tau sedap ke tak sedap. Kadang-kadang tekak manusia ni lain-lain. ada yang kata ok, ada yang kata tak ok. So, kalau nak confirmkan rasa dia, korang kenalah try sendiri.kbai!

Dating @ Dpulze Cyberjaya


Salam semua..

Ni Baru kali kedua aku sampai Dpulze shopping centre kat Cyberjaya. Walaupun dekat je dengan Putrajaya,  Tak terasa pulak kaki ni nak melangkah ke sana. Tapi kali  ni husband teringin nak ke sana sebab dia tak pernah lagi sampai situ. Last aku pergi beberapa bulan yang lepas (masa tu bujang lagi). Then, kedai makan & kedai lain-lain banyak lagi tak buka. 

So, bila dah sampai kat sana, macam-macam ada dah. Cinema pun ada (TGV). kalau nak shopping barang dapur, Jaya Grocer pun ada jugak. (Dah masuk jalan-jalan kat dalam tu. Price barang dia agak mahal daripada price kat pasaraya biasa)Tempat makan tu banyak jugaklah choice. So, Tak usah pening kepala fikir nak makan apa.


Sambil-sambil berjalan, husband cakap teringin nak tengok wayang sebab dah tau kat situ ada panggung wayang. kebetulan husband memang ada member card TGV. Benefit kat TGV ni macam-macam. Tapi sebelum ni masalah jugak lah nak cari TGV sebab TGV terdekat kat area Mines Shoppping Centre Serdang. Takdelah jauh sangat tapi tak berapa rajin nak ke sana. So, layan GSC je lah kat Alamanda n ioi mall Putrajaya. :p (ok je pun..)

TGV Flyer 

So, selepas booked tiket, kitaorang cari tempat makan dulu sebab wayang start lambat. Nak kena tunggu dalam 2 jam . lupa pulak nak bagitahu, kitaorang layan Movie Hitman-Agent 47 (Best woo Movie ni... tahap terangkat montot kalau tengok action agent 47 tuh)

masih valid lagi kot kalau korang  nak layan movie ni kat wayang. 

So, kitaorang pilih tempat makan yang berdekatan. Stall Popilla Betul-betul terletak kat depan TGV. Takdelah jauh sangat and korang tak kelam kabut nak patah balik ke TGV lepas makan tu kan. 

image :  google

Aku order Set Burritos popi beef super with nachos creeme cheese and salsa. air Orange Coloda. 

Husband aku order Burger. Tapi aku tak ingat apa nama burger dia (Menu aku ingat pulak ye) Complicated nau bunyinye. ngeh3.

So, lepas makan kitaorang cau tengok wayang terus. So, tempat ni recommended untuk korang yang teringin nak makan ala mexican. aku suka betul dengan nachoz dia. sedap nak mam... hehe... 
ok la gais.... bubye...!!