Showing posts with label throwback. Show all posts
Showing posts with label throwback. Show all posts

MAJLIS RESEPSI SHURIANA & EZWAN


salam uols... 

walaupun majlis aku dah sebulan berlalu, aku tetap nak post jugak story wedding aku. aku rase time ni lah peluang yang ada untuk aku create cerita setelah bermacam2 plan sepanjang minggu selepas wedding aku. yang bermacam-macam tu nanti akan aku stori kemudian. 

bunting ni kalau korang nak tau, untuk ukuran besar ni (actually aku pun tak ingat berapa ukuran dia, tapi agak besar jugaklah) RM9 je.. murah kan...!! tapi kan..... bunting ni asben aku design sendiri. just anta printing direct ke kedai. tu yang murah. so, pada bakal pengantin, nak jumat kos, boleh lah design sendiri. kitaorang order 4 bijik. 2 set untuk sebelah aku, 2 lagi untuk sebelah lelaki. 



untuk candy buffet pulak. adik aku yang uruskan. sayangnya.. full pict candy buffet takde pulak. so, ini je lah yang ada. backdrop idea adik aku. just potong kain colourfull tu panjang-panjang then ikat je kat tali. beli lah 3 colour (ikut tema). props plak aku copy and paste kat mr.google then print and laminate kertas tu supaya keras. 

yang buat aku terharu, bila best friend sekolah aku datang ke majlis aku. happy tak terkata. lebih 10 tahun aku x jumpa si bedah n nadia ni. 

adik beradik perempuan aku memang suka selfie. 

superb-terharu sebab kawan-kawan dari jauh datang majlis aku. tq Alia n family!!!!

Antara member2 yang datang ke majlis aku. Huda, Alia, Izan dan dayah

Kalau member aku yang ni tak datang memang aku ngamok...hehe.. bley gitu? my twins, izan. ramai kata muka kitaorang sama sangat. ada yang cakap adik beradik la, kembar lah. walaupun berlainan mak and bapak. kalau orang tanya, kitaorang angguk iyekan aje... tak larat nak jawab dah. lagi satu nak bagitahu gak, masa dieorang kawen, aku jadi pengapit dieorang ;p

siblings and in-law. 

Dulu dan kini. hahaha. aku memang tak boleh lupa moment ni. dulu aku jadi pengapit masa wedding Killy and fiza ni (tahun 2012 kot). Now. dah ade anak dah dieorang. nur izz keisha. comel macam mama and ayah dia jugak. cepatnya masa berlalu...... (terasa tua tetiba...hummmm)

pengapit iols import dari bangi n putrajaya. mostly, kengkawan sebaya kitaorang dah berumahtangga and beranak pinak. dah tanya ramai orang dah. just dieorang ni je yang boleh bagi komitmen. 

bos aku, cc aina dan anak2. terima kasih kerana sudi datang ke majlis aku. kebetulan cc aina nak hantar anak die yang sulung balik JB.

pict menu ni aku grab dari member2 aku. 

this is my pengapit, dayah.

cc wani juga sempat meluangkan masa hadir ke majlis aku. kebetulan die balik kampung husband dia kat Muar.

My big family. 

dah macam team marhaban pulak gayanya.

Omg! what happened to u encik asben..suke naa tutup mata tau..

kelakar tengok pict ni. bukannya sebab apa tau, sebab mata aku sepet sebelah. sebab? mata aku kering. dah la pakai contact lens. mau tak pedih mata. dah le tak bawak solution. tahan je la sampai abes outdoor.

photographer tak banyak bagi gambar. so just a few pict je yang aku dapat. tu pun die wassap direct ke husband. so, mana yang ade. then, tunggu je la full copy and album siap. cant wait!

awsome pict ni kira menjadi selepas shot 5kali. acah-acah nak attact laki aku ni. props pedang guna light saber star wars laki aku punya. 

auww.. aku suka pict ni. thanks naem....!!

pict credit to : Naem Roy Zulkifli @thinkdotshoot (FB)
dress wedding & MUA : Yusry Creationz (FB)


ada lagi kot pict yang lain. maybe, will be upload on next chapter. will see :)









BALIK KAMPUNG

Assalammualaikum.....

Aku tak tahu nak start macamana.. Bagi salam sebagai pembuka bicara lepas berkurun tak update blog... hehe.. Blogwalking pun tak sempat, ni kan pulak nak update. Macam bz benar bunyinye. huhu.

Last Weekend, balik kampung tercinta di Pontian, Johor. Ambil annual leave hari khamis 1 hari, sambung cuti Chinese New Year (CNY) jumaat and sabtu Then bawak pulak ke isnin (Cuti Gantian Hari Wilayah). So, 5 Hari lah aku kat kampung.

Drive sorang2 balik kampung memang banyak cabaran apetah lagi first time aku balik kampung drive takde partner. Biasanya aku balik kampung naik bas ekspress or makcik aku yang teman. So, kali ni kene lone ranger katenye. Menempuh perjalanan sejauh 325km (4jam 1/2) terasa lama and jauh sebab takde kawan nak sembang. tu pun sebab maintain 120km/j (speed trapt dalam genggaman). Kalau drive slow, comfirm 5jam lebih baru sampai. Aku gerak dalam pukul 8.30pagi khamis and sampai Pontian lebih kurang pukul 12.30 tengahari.

First Day sampai kampung, aku stay rumah je, membadak (makan) and membuta (tido). Mak masak sedap, bedal je lah. hehe. nasib baik mak aku ni mood tengah baik, kalau tak, mau kena bebel 24jam tengok anak dia asek tido je. ngeh2 (sorry mak!)

Ok. 2nd day and hari-hari seterusnya, baru ada mood nak berjalan.
Yeahyeah... camwhoring tak abes2 kitaorang ni. Abang ipar drive, so, weols kat belakang snap..snap and snap... 
Kitaorang pergi Aeon Bukit Indah, Gelang Patah je. Nak ke sana amik masa 45 minit je lalu highway. kalau guna jalan biasa pun boleh, takde tol tapi banyak kereta la. kalau tak banyak kereta, 1/2 jam je sampai sana. Kalau banyak, 1 jam lebih kot baru sampai.
Dah sampai.... camwhoring sekali lagi..hahaha
Aeon Bukit Indah, Gelang Patah.. beso gile. lenguh kaki nak jalan satu bangunan neh. eh. pict ni coopy kat google je tau. tak sempatlah kita nak snap. ingat nak snap pict sendirik je. heh!
ni adik aku, nama dia amal.. yang kecik tu anak buah aku, wardah namanya. masa ni kat food court Aeon. tengah tunggu pizza siap. ape tah nama pizza tu. tak ingat, tapi sedap n lembut bila makan panas2. Dah nak balik dah masa ni. masing-masing memang tengah lapar gila. kakak aku order 4 kotak pizza regular size. masuk dalam kereta, makan macam tak pernah nampak makanan. kebulur lagaknya. heh.


Time ni drive sendiri sebab nak jalan dekat-dekat je. pergi bandar pontian je pun. 10-15 minit je kalau dari rumah. Tak tau nak explain kat pontian ada apa yg menarik. Tapi, kalau di bagi pilihan kat banyak-banyak tempat, Kampung halaman was the best. Why huh? sebab ada family and ramai kawan rapat kat sini :)

ok.. time ni nak p picnic ngan adik beradik kat Pantai Rambah area Pontian Je. 

Sebagai bekalan kitaorang prepare sandwich sardin (inti homemade) untuk makan kat sini. Air pulak kitaorang beli kat area situ. Air kelapa pure (tak campur air masak) then banyak isi ( kalau orang jawa cakap, 'degan') 

ni lah suasana Pantai Rambah. View memang ohsem, Tapi, tak boleh buat mandilah pulak. sebab air dah tercemar dengan aktiviti tambak laut. so just jamu mata je lah kalau datang sini.

Kalau ikutkan hati, nak je sambung cuti seminggu lagi. banyak cekadak ko kan nak cuti lama-lama. Takpe, Annual Leave simpan dulu coz masih lagi awal tahun.Manelah tau kan lepas ni cuti 2minggu terus. eh! 

ok.. ni gambo penutup.. #throwback otw balik KL semalam.. ngeh3.. poyo giles...kbai!!