BALIK KAMPUNG

Assalammualaikum.....

Aku tak tahu nak start macamana.. Bagi salam sebagai pembuka bicara lepas berkurun tak update blog... hehe.. Blogwalking pun tak sempat, ni kan pulak nak update. Macam bz benar bunyinye. huhu.

Last Weekend, balik kampung tercinta di Pontian, Johor. Ambil annual leave hari khamis 1 hari, sambung cuti Chinese New Year (CNY) jumaat and sabtu Then bawak pulak ke isnin (Cuti Gantian Hari Wilayah). So, 5 Hari lah aku kat kampung.

Drive sorang2 balik kampung memang banyak cabaran apetah lagi first time aku balik kampung drive takde partner. Biasanya aku balik kampung naik bas ekspress or makcik aku yang teman. So, kali ni kene lone ranger katenye. Menempuh perjalanan sejauh 325km (4jam 1/2) terasa lama and jauh sebab takde kawan nak sembang. tu pun sebab maintain 120km/j (speed trapt dalam genggaman). Kalau drive slow, comfirm 5jam lebih baru sampai. Aku gerak dalam pukul 8.30pagi khamis and sampai Pontian lebih kurang pukul 12.30 tengahari.

First Day sampai kampung, aku stay rumah je, membadak (makan) and membuta (tido). Mak masak sedap, bedal je lah. hehe. nasib baik mak aku ni mood tengah baik, kalau tak, mau kena bebel 24jam tengok anak dia asek tido je. ngeh2 (sorry mak!)

Ok. 2nd day and hari-hari seterusnya, baru ada mood nak berjalan.
Yeahyeah... camwhoring tak abes2 kitaorang ni. Abang ipar drive, so, weols kat belakang snap..snap and snap... 
Kitaorang pergi Aeon Bukit Indah, Gelang Patah je. Nak ke sana amik masa 45 minit je lalu highway. kalau guna jalan biasa pun boleh, takde tol tapi banyak kereta la. kalau tak banyak kereta, 1/2 jam je sampai sana. Kalau banyak, 1 jam lebih kot baru sampai.
Dah sampai.... camwhoring sekali lagi..hahaha
Aeon Bukit Indah, Gelang Patah.. beso gile. lenguh kaki nak jalan satu bangunan neh. eh. pict ni coopy kat google je tau. tak sempatlah kita nak snap. ingat nak snap pict sendirik je. heh!
ni adik aku, nama dia amal.. yang kecik tu anak buah aku, wardah namanya. masa ni kat food court Aeon. tengah tunggu pizza siap. ape tah nama pizza tu. tak ingat, tapi sedap n lembut bila makan panas2. Dah nak balik dah masa ni. masing-masing memang tengah lapar gila. kakak aku order 4 kotak pizza regular size. masuk dalam kereta, makan macam tak pernah nampak makanan. kebulur lagaknya. heh.


Time ni drive sendiri sebab nak jalan dekat-dekat je. pergi bandar pontian je pun. 10-15 minit je kalau dari rumah. Tak tau nak explain kat pontian ada apa yg menarik. Tapi, kalau di bagi pilihan kat banyak-banyak tempat, Kampung halaman was the best. Why huh? sebab ada family and ramai kawan rapat kat sini :)

ok.. time ni nak p picnic ngan adik beradik kat Pantai Rambah area Pontian Je. 

Sebagai bekalan kitaorang prepare sandwich sardin (inti homemade) untuk makan kat sini. Air pulak kitaorang beli kat area situ. Air kelapa pure (tak campur air masak) then banyak isi ( kalau orang jawa cakap, 'degan') 

ni lah suasana Pantai Rambah. View memang ohsem, Tapi, tak boleh buat mandilah pulak. sebab air dah tercemar dengan aktiviti tambak laut. so just jamu mata je lah kalau datang sini.

Kalau ikutkan hati, nak je sambung cuti seminggu lagi. banyak cekadak ko kan nak cuti lama-lama. Takpe, Annual Leave simpan dulu coz masih lagi awal tahun.Manelah tau kan lepas ni cuti 2minggu terus. eh! 

ok.. ni gambo penutup.. #throwback otw balik KL semalam.. ngeh3.. poyo giles...kbai!!






1 comment:

lovely said...

wah.. nak cuti dua minggu..
macam ada makna je tu..