Showing posts with label mywedding. Show all posts
Showing posts with label mywedding. Show all posts

MAJLIS BERTANDANG SHURIANA & EZWAN (24.5.2015)

salam semua..

Kalau nak diikutkan lama juga gap antara majlis sebelah aku dan sebelah Incik Ezwan (Husband). aku dan Incik Ezwan ambil cuti 2 hari je selepas majlis. bukannya apa, memikirkan selepas berumahtangga ni lagi banyak cuti kitaorang nak guna, lebih-lebih lagi untuk majlis sebelah lelaki then honeymooon then bla..bla....bla... macam2 perancangan pulak lepas tu kan :) 

settle majlis sebelah aku, kitaorang pun balik ke Putrajaya bekerja macam biasa. masuk office macam biasa, pekakkan telinga je lah. masing-masing membahan aku macam-macam. biaselah beb, orang baru kahwin memang confirm akan lalui perkara yang sama. ;p

sebelum majlis di ipoh, family aku singgah tidur 1 malam kat rumah aku. so, dalam hari sabtu pagi, kitaorang konvoi 3 kereta dari putrajaya ke ipoh dengan family dan pakcik makcik aku. Incik Ezwan pulak dah balik ipoh dulu 2 hari awal (hari khamis) sebab banyak urusan yang perlu disettlekan kat sana. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku and Family stay kat Homestay area Taman Desa Tambun 

24 Mei 2015

MUA datang mekap aku dalam pukul 10.30. kalau ikutkan start mekap pukul 10 pagi. Walaupun lewat sikit, aku hope mekap ok and MUA dapat siapkan aku sebelum pukul 12 tengahari. Pakej MUA + pelamin + makan beradab memang murah. Tambah pulak Kak Fara ni kenalan Incik Ezwan. boleh lah nego harga. 

Ok tak mekap aku.? huhu.. ni bestfriend aku, cik aida. dulu dia  boss aku. Sampai sekarang kami masih keep in touch walaupun dia dah kat division lain. 

My lovely parents.miss u both... T_____T

kawan office Incik Ezwan, Mun dan keluarga.

Mommy to be Yan and Hot mommy, Mia.

Airil, Anjoy and pee. Tiga2 kawan baik Incik Ezwan. susah senang sama-sama. wife airil tak ada masa ni sebab masih lagi berpantang kat kampung. Bini2 dieorang oun ikut rapat sekali dengan aku. Nasib baiklah time lepak, dieorang ni bole masuk dengan aku. 

My lovely siblings

wefie jangan tak wefie

sebelah kiri tu adik beradik abang ipar, Kak Yan and wida. Kebetulan family abang ipar orang Ipoh jugak. 

Officemate Incik Ezwan datang dengan rombongan bas. terima kasih banyak-banyak pada korang sebab sudi datang memeriahkan majlis kami. 


My lovely bestie, Cik Eyeda n hubby

Acara memotong pulut kuning (tradisi orang perak). kat dalam mangkuk kaca tu, Rendang daging.

sepupu sepapat aku.

cute sangat tengok pict ni sebab tengok abah n mak aku posing teropong ni. susah nak tengok dieorang posing macamni. comel je...hehe... kalau bagi abah aku tengok pict ni mesti tergelak-gelak dia.

sekodeng lagiiik.....

oiiii..oiiiii.. *jerit camtu lah kott ^____^

Lambai sikit.................

Tah ape la aku sembang dengan Incik Ezwan aku masa ni. muke laki aku herot, aku pulak ternganga macamtu.


Masa ni, Family aku semua dah balik homestay untuk berkemas barang then terus balik ke Johor. aku pulak tukar selipar siap-siap sebelum bertempur di medan peperangan. kalau pakai heel, mau terpeleot kaki aku..ngehngehngeh...

muke aku tak bole blah. sampai terkeluar gigi aku.

Incik Ezwan memulakan peperangan 

ooookkkkk turn aku pulak...serang!!!!!

ok.. pengantin kena serang dulu... redha....

Siram jangan tak siram.. habis kena buli dengan sepupu incik ezwan. 

selagi ade punca air, selagi tulah masing-masing kena tembak air.





adoiyai anak buah incik ezwan yang depan tu. orang dah curah air masuk pinggan pun die masih teruskan makan lagi. lapar bebeno budak-budak ni. 

pistol air aku entah ke mana. memang redha je lah kalau kena tembak.


top to toe basah kuyup. dengan kakak ipar, mak mertua aku pun basah kuyup jugak. sejuk sikit kan, 

basah2 pun masih lagi nak posing.

oh my MIL n FIL yang sangat sporting. Alhamdulillah.
masa ni semua sedara mara dah balik. tinggallah family laki aku. baju kitaorang pun masa ni dah kering sikit. time ni lah family in law aku baru boleh bergambar.

oh..mulut ku... again... 


Family Abg Izarul, Abang Incik Ezwan yang sulung


Family Kak Linda, Kakak Incik Ezwan yang Kedua

Ni pulak, anak yang ketiga....yang paling bongsu, gedik dan manja... sebelah tu bini dia... eh..................*larik





flying kiss ^___-







macam-macam gaya yang mencuit hati kami. 

Lega hati aku dan suami sebab perkara yang wajib telah pun dilaksanakan. Majlis sebelah perempuan dah setel, sebelah lelaki pun Alhamdulillah dah selamat. Selepas ni banyak lagi perkara yang kami akan lalui. Susah dan senang kehidupan kami berkongsi sama-sama. Makan dan minum bukan lagi untuk aku sorang. lepas ni berdua. Mudah-mudahan dirahmati dan dipermudahkan OlehNya. Aminn...


MAJLIS RESEPSI SHURIANA & EZWAN


salam uols... 

walaupun majlis aku dah sebulan berlalu, aku tetap nak post jugak story wedding aku. aku rase time ni lah peluang yang ada untuk aku create cerita setelah bermacam2 plan sepanjang minggu selepas wedding aku. yang bermacam-macam tu nanti akan aku stori kemudian. 

bunting ni kalau korang nak tau, untuk ukuran besar ni (actually aku pun tak ingat berapa ukuran dia, tapi agak besar jugaklah) RM9 je.. murah kan...!! tapi kan..... bunting ni asben aku design sendiri. just anta printing direct ke kedai. tu yang murah. so, pada bakal pengantin, nak jumat kos, boleh lah design sendiri. kitaorang order 4 bijik. 2 set untuk sebelah aku, 2 lagi untuk sebelah lelaki. 



untuk candy buffet pulak. adik aku yang uruskan. sayangnya.. full pict candy buffet takde pulak. so, ini je lah yang ada. backdrop idea adik aku. just potong kain colourfull tu panjang-panjang then ikat je kat tali. beli lah 3 colour (ikut tema). props plak aku copy and paste kat mr.google then print and laminate kertas tu supaya keras. 

yang buat aku terharu, bila best friend sekolah aku datang ke majlis aku. happy tak terkata. lebih 10 tahun aku x jumpa si bedah n nadia ni. 

adik beradik perempuan aku memang suka selfie. 

superb-terharu sebab kawan-kawan dari jauh datang majlis aku. tq Alia n family!!!!

Antara member2 yang datang ke majlis aku. Huda, Alia, Izan dan dayah

Kalau member aku yang ni tak datang memang aku ngamok...hehe.. bley gitu? my twins, izan. ramai kata muka kitaorang sama sangat. ada yang cakap adik beradik la, kembar lah. walaupun berlainan mak and bapak. kalau orang tanya, kitaorang angguk iyekan aje... tak larat nak jawab dah. lagi satu nak bagitahu gak, masa dieorang kawen, aku jadi pengapit dieorang ;p

siblings and in-law. 

Dulu dan kini. hahaha. aku memang tak boleh lupa moment ni. dulu aku jadi pengapit masa wedding Killy and fiza ni (tahun 2012 kot). Now. dah ade anak dah dieorang. nur izz keisha. comel macam mama and ayah dia jugak. cepatnya masa berlalu...... (terasa tua tetiba...hummmm)

pengapit iols import dari bangi n putrajaya. mostly, kengkawan sebaya kitaorang dah berumahtangga and beranak pinak. dah tanya ramai orang dah. just dieorang ni je yang boleh bagi komitmen. 

bos aku, cc aina dan anak2. terima kasih kerana sudi datang ke majlis aku. kebetulan cc aina nak hantar anak die yang sulung balik JB.

pict menu ni aku grab dari member2 aku. 

this is my pengapit, dayah.

cc wani juga sempat meluangkan masa hadir ke majlis aku. kebetulan die balik kampung husband dia kat Muar.

My big family. 

dah macam team marhaban pulak gayanya.

Omg! what happened to u encik asben..suke naa tutup mata tau..

kelakar tengok pict ni. bukannya sebab apa tau, sebab mata aku sepet sebelah. sebab? mata aku kering. dah la pakai contact lens. mau tak pedih mata. dah le tak bawak solution. tahan je la sampai abes outdoor.

photographer tak banyak bagi gambar. so just a few pict je yang aku dapat. tu pun die wassap direct ke husband. so, mana yang ade. then, tunggu je la full copy and album siap. cant wait!

awsome pict ni kira menjadi selepas shot 5kali. acah-acah nak attact laki aku ni. props pedang guna light saber star wars laki aku punya. 

auww.. aku suka pict ni. thanks naem....!!

pict credit to : Naem Roy Zulkifli @thinkdotshoot (FB)
dress wedding & MUA : Yusry Creationz (FB)


ada lagi kot pict yang lain. maybe, will be upload on next chapter. will see :)