Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

PERUT KECIL SEMASA HAMIL. BAHAYA TAK?

Lately rasa nak share tentang pregnancy. Hopefully takdelah yang boring. Huhu. Sebenarnya untuk peringatan diri dan share dengan sesiapa yang ada perasaan yang tak best macam aku ni. Kot2 lah akan datang aku terlupa. Then, kalau terbaca balik cerita ni mesti rasa macam tacing2 gituu.. :)

 Alhamdulillah, kandungan aku dah masuk 26 minggu (6 bulan). Kick baby kian terasa dan semakin aktif setiap pagi dan malam. Tak tahulah, baby buat akrobatik ke, kuak lentang ke kat dalam tu. Yang penting baby buat ibu dan abah happy sangat-sangat tau. Tergelak je tengok kalau ada bentuk-bentuk tertonjol-tonjol keluar. Tah hape agaknya anak ibu main kat dalam tu.huhu. Rasa macam tak percaya tapi baby dah ada kat dalam perut ibu. Lagi 3 bulan insyallah kita akan bersua ye sayang :)
Terima kasih kepada Allah sekali lagi atas anugerah yang terindah buat kami. 

Bila berita kandungan aku tersebar secara perlahan-lahan, ada yang excited sangat nak tengok perut aku. Macamanalah kalau sue ni berperut boyot. Tambah pulak aku ni tinggi dan kurus. So, masing-masing tak boleh nak imagine sebab masa mula-mula kahwin, tinggi aku 169cm & berat pulak 53kg. Rata-rata ada yang menegur 

"Eh keciknya perut"
"Eh mana perut ko tak nampak pun"
"Macam tak pregnant je ko ni"
"Perut kecik takkan tak larat dah"

See.. Kalau korang kecik hati tak? Jujur mengatakan aku kecik hati jugaklah sebab ada yang mempertikaikan saiz perut aku ni. Tapi, aku bersyukur sangat-sangat sebab setiap bulan aku pergi routine check-up kat Klinik Kesihatan (KK), so far, Doktor kata condition baby n denyutan jantung baby pun ok. Ada nurse cakap "Ala-ala comelnya perut. Tapi yelah orangnya pun kurus kecik (kecik ke....)" Sedap sikitlah kalau dengar ayat cakap macamtu, takdelah hemak ni sentap (wakakaka...tu pun nak sentap)
Baru-baru ni adalah buat scan baby kat private sebab kita nak tau keadaan baby lebih detail. Alhamdulillah, denyutan jantung, paru-paru, pertumbuhan tulang, cukup organ, cukup jari tangan dan kaki, mata, hidung, telinga semua nampak. Huhuhu. Rasa nak menangis. Husband aku lah yang paling excited, nampak air mata dia bergenang. Happy tak terkata. Alhamdulillah. Berat badan dan saiz baby pun takde masalah. Rasa nak melompat je masa tu. Haih.. over naa mak ko ni baby. Yang penting baby sihat. Gender pun dah tau, Abah le yang paling happy. Lebar betol sengih. Ibu tak kisah yang penting anak ibu sihat walafiat. tu je :)

Risau sangat dengan saiz perut aku yang kecik ni aku tanya doktor, doktor cakap jangan risau, nanti  masuk 7 bulan besarlah baby tu. Yang penting, jaga pemakanan. Baby dan ibu kena cukup nutrien. Alhamdulillah aku takde sebarang masalah tentang pemakanan. Semua aku bedal. Cuma makanan yang tajam dan panas aku tak sentuh. Takut! sebab aku termasuk dalam golongan yang berisiko sebab pernah miscarriage sebelum ni. Ubat yang doktor bekalkan jangan skip makan. (Macam aku doktor bagi obimin dan iron). Makan je apa nak makan untuk tumbesaran baby. Risau gak makan tak terkawal ni sebab aku rasa badan makin berat (bulan ni naik 2.5kg...OMG) Nasib baik nurse tak bising. ngeeeeee

Iron Tablets dan New Obimin

Lately, aku gila teh tarik sedangkan sebelum ni aku jarang-jarang order teh tarik kalau makan kat luar. Sampaikan husband aku pun pelik. Sebab selalu aku order air lain. Rasa lega sangat kalau lepas minum. hehehe.. oklah kan. bukan ngidam yang bukan-bukan pun. Ibu tak salahkan baby tau.. memang ibu yang nak minum. Baby dok diam-diam je dalam tu. So far, buah jangan cakaplah. Memang hantu sangat. Kena pastikan stok buah sentiasa ada dalam peti sejuk. Susu pun so far aku bedal tak kiralah susu tepung ke, susu kotak ke janji susu. 

Sekarang ni tengah fasa nak memikir nama. Pening gak kepala fikir. Apelah nama nak letak. Buat list dulu. Search kat internet selagi boleh. Kita jumpa 3 bulan lagi ye sayang. 

So, ibu-ibu kat luar sana yang risau saiz perut kecik jangan risau. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Yang penting dapatkan nasihat doktor kalau was-was. Jangan dengar sangat cakap orang. Kalau nak dengar cakap-cakap orang memang sendiri yang merana sebab asyik bersedih je. Kesian baby dalam perut tu.

Just enjoy the moment with someone inside ur tummy. :)

2 SYAWAL - BERAYA RUMAH JIRAN TETANGGA

Hari raya kedua, kakak aku ajak beraya rumah jiran tetangga. Lama tak berkunjung ke rumah jiran sejak duduk jauh dari kampung halaman. Elok je aku bersiap-siap, ada kereta berhenti depan halaman rumah. Aku ingat sape la hai. Bila tuan kereta menjengah, rupa-rupanya member aku, Shima. Lama betul tak jumpa dia ni. Last jumpa anak dia 2 orang je. Tup-tup dah 4 orang. Laju betul ko ni shima. 
Aku memang kamceng dengan dia dari zaman aku keje pasaraya Billion dulu. Masa tu aku belum lagi kerja kat tempat sekarang.
Banyak benda yang kitaorang borak. Ketawa dia dah sopan sikit, maybe sebab kat rumah aku. Kalau dulu-dulu lepak kat kafe pasaraya, dia punya ketawa terbahak-bahak tahap hentak-hentak meja. Punyalah riuh. Memang dia ni jenis hati kering. Lantaklah orang nak cakap apa. Tapi aku suka kawan dengan dia ni. Memang cakap tak berlapik, Strait to the point. Rindu ko shima. 

Lepas member aku balik, rumah pertama yang kitaorang pergi, rumah tok imam Masjid kampung aku. Dulu dia imam surau and guru ngaji masa aku kecik-kecik dulu. Terima kasih Embah Hashim. Kalau takde rotan and tak marah2 aku dulu, memang aku tak kenal dan tak pandai langsung baca jawi agaknya. 

Kami pergi beraya dalam 4 ke 5 rumah petang tu. satu rumah beraya dekat sejam. Yelah, tau-tau jelah orang jawa kalau sembang memang lama. Belum lagi kalau nak bersalaman sebelum balik. Kalau orang tua-tua, masa bersalam tu siap ada doa panjang lagi. Macam abah aku dengan pakcik-pakciknya bersalam. Bila berdoa lebih ikhlas dan diberkati insyallah. 

Ni rumah yang keempat. Rumah Embah Taaron. Kebanyakkan penghuni kat kampung aku ni semuanya saudara aku. Saudara jauh ada, saudara dekat ada. Kalau ada buat susur galur macam carta keluarga tu memang pening sebab berkait-kait.

Korang mesti tak paham kan kenapa tempat ni je yang jadi port kitaorang bergambar. Background colour dinding warna kuning tu menyerlah. Padahal rumah sendiri pun cat kaler sama. hahaha.

Acah-acah perut dah memboyot. padahal comel lagi. Yang sebelah aku tu ngandung tak beranak2 orang kata. Degil budak taknak keluar gamaknya. hihihi.. Jangan marah abi.. syg gurau-gurau je. 

Motip je kan posing camni. Nasib baik laki den rajin melayan. Hakikatnya "melemparkan pandangan Annoying" hehehe

Kami lima beradik perempuan. Yang lelaki beraya tah kemana ikut kawan-kawan. Mak abah bersembang kat atas dengan Embah Taaron, boleh pulak kitaorang berposing kat bawah. ikut suka hati je. Kar rumah ni ada buai. Buai tu dari zaman aku ngan kakak aku kecik-kecik lagi dah ada sampailah aku nak jadi mak orang ni. Kenangan sangat. Sebelum naik rumah beraya, kitaorang akan naik buai tu dulu dalam 10-15minit pastu baru makan kuih raya. Yelah, budak-budak kan.. bukannya heran sangat dengan kuih. Datang pun nak duit raya je. kuikuikuikui...

#LATEPOST-1 SYAWAL DI KAMPUNG HALAMAN

Agak terlewat juga aku post cerita raya. Dah nak abis raya pun. Tapi takpelah. Hopefully aku tak terlewat nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua pembaca tegar blog yang aktif mahupun tak berapa aktif. 

So, macamana perjalanan hari raya korang? mestilah banyak cerita dan meriah kan. Termasuklah aku. Tahun ni turn beraya di kampung halaman sendiri di Pontian, Johor. 
#ImVillagePeople suasana dan ketenangan yang sentiasa aku rindukan setiap hari termasuk seisi rumahnya.  T___T

#AktivitiMalamRaya main bunga api dengan anak buah. Aku rasa makcik pakcik lagi excited dari anak buah. Anak buah yang sulung, Emil boleh lagi main bunga api. Tapi. bila bakar mercun je, lari tutup telinga masuk dalam rumah jerit "Allahuakbar" marah-marah kat abah dia sebab bakar mercun. Rasa nak gelak ada, kesian pun ada. Tapi kira ok lagi berbanding adik dia yang kedua, Wardah, mercun pop-pop yang baling2 pun takut nak main. ape lagi bunga api. Sampai kesudah yang tua2 nilah yang perabis bunga api n mercun yang ada. hahaha. 

:
;
;
;
;

1 Syawal 

Pagi 1 syawal, selepas sembahyang raya, kami sekeluarga berkumpul semeja untuk makan juadah yang dimasak oleh mak sebelum berkumpul untuk bersalaman dan menziarahi sanak-saudara. Menu masakan mak memang superb. Cuma tahun ni tak merasa kuah kacang sebab mak aku dah terlalu penat menyiapkan order kuih benji-roll nya. So, yang ada kuah lodeh, sambal goreng jawa, ketupat bawang (Anyam sendiri) dan rendang daging (Gambar takda...yang penting aku ngappp).

Semestinya, mak dan abahlah orang yang paling excited sebab semua anak menantu dan cucu berumpul tahun ni. Alhamdulillah. Kami seronok tengok mak dan abah happy senyum sampai telinga. Tahun ni mak dan abah pilih baju warna purple sedondon (Banyak cerita disebalik pilih baju raya ni)
Selfie guna Hp adik aku. kelabu asap jadinya. 

Pun kelabu juga. Takpelah, janji gambar clear

Yang kanan tu kakak sulung aku, Faulina dan anak buah yang ketiga, Firash. Sebelah aku tu kakak aku yang kedua, Noleq.

Anak buah yang bulat n selalu buat aku geram, Muhammad Firash Idrian. Sentiasa tersenyum. Yang penting aku suka usik dia. Sebab dia suka sengih. Miss u firassshhhh!!

Aku dan suami pun pilih warna yang sama macam mak dan abah. 

Bersalaman di pagi raya. Nak gelak ada, nak nangis pun ada. Malu-malu la pulak kan. Sebab adik aku yang snap gambo ni, so segan lah sikit. huhu. 

Family kakak kedua aku. Norliana nama dia. tapi aku panggil nolek je. Kalau orang jawa memang macamni. Panggil nama je kalau beza setahun dua. Tapi kalau beza banyak tahun, pangkal tu kenalah ada title "kak" kan. Aku dengan kakak aku ni beza setahun je. So, kalau sembang tu memang kasar sikitlah. Tapi masih lagi ada rasa hormat tau. 

Warna muka dah sama kaler dengan kaler tudung. Flash kuat sangat ni :p

Selepas bersalaman sesama keluarga, kami pergi beraya rumah nenek sebelah abah kat sebelah rumah aku je. Memang dah jadi kebiasaan setiap kali bulan syawal, kami akan buat perkara yang sama. Gambar takda. Leka bersembang dengan sepupu sampai terlupa nak tangkap gambar. 

lepas beraya rumah nenek sebelah abah, kami balik kampung nenek sebelah mak pulak (Kami panggil Nyai). Atuk (Yai') meninggal 2 hari sebelum puasa tahun ni.So, suasana memang lain sikitlah sebab arwah dah takda.  Jarak dari rumah ke sana tak jauh pun. Kalau tak raya 10-15minit boleh sampai. Tapi sebab musim raya, banyak kereta kat jalan, panjang sikit perjalanannya. 

Bersama sepupu dan makcik sebelah mak. Umur kami lebih kurang je. Orang pun tak boleh beza sangat mana satu makcik, mana satu anak buah. 

Walaupun pagi tu, kitaorang dah makan kat rumah. Biasanya sampai kat rumah nyai, kami makan utk 2nd round walaupun perut dah kenyang. Juadah banyak sikit sebab makcik pakcik bawak dari rumah masing-masing. 

Makcik dan pakcik ku yang sentiasa ceria. 

Sembang tak sudah. Ada je yang disembangkan 

Biasanya kami tak tido rumah nyai kalau time hari raya ni sebab rumah penuh dengan sepupu, makcik pakcik yang duduk luar dari johor. Tambah pulak kitaorang duduk dekat je, senang nak berulang alik ke rumah nyai. 

Laki aku test wat shooting maternity. location? depan rumah aku je. huhu.. Perut comel lagi. Masa ni baru masuk 5 bulan. Saje menggedik kan... hehehe.. Mengada.. 

THE DAY WE REMEMBER :)

Assalammualaikum w.b.t

First, nak say hello to all readers (yang tengah baca entry ni). Lama kita tak bersua ye cik adik cikkak semua. aku masuk nak bersihkan sawang dalam blog ni yang dah lama bermaharajalela. bizi sikit dengan kehidupan berumahtangga. ewah! (macam haku sorang yang ada laki ye dak??)
walaupun sebenarnye tak berape hado yang heran pun kan. wakakaka.. 

Lepas join KL Car Free Morning beberapa bulan yang lepas tetiba badan aku tersangat weak. Should be orang yang bersukan ni semakin cargas kan. Tapi aku lemau gila-gila sebab badan lembik tahap orang kebulur tak makan padahal makan boleh tahan mentekedarah. hehe.. Then, cepat ngantuk pulak.  Macam teruk sangat. Simptom apakah itu. 

Kebetulan masa tu period aku tak regular. Terlewat 2 hari. Tapi, aku tak nak lah terlalu mengharap walaupun masa tu jantung aku sangat berdebar-debar. lepas misscariage sebelum ni memang agak mengharaplah untuk dapat cahaya mata walaupun masa tu usia perkahwinan aku dan husband baru beberapa bulan. Yelah, ramai dah bertanya soalan-soalan yang aku rasa korang semua dah sedia maklum kot. Agak tertekan jugak masa tu. Korang imagine, aku yang baru kahwin berapa bulan masa tu orang dah sibuk-sibuk apatah lagi yang dah kahwin bertahun-tahun, Kesian seyh. Tapi, aku cuba kuatkan hati. Maklumlah, hati seorang perempuan. Soalan macam ni agak sensitif tapi aku percaya rezeki yang Allah bagi kat aku. Mungkin, Allah nak aku dan suami betul-betul bersedia dari segala segi. Maksudnya dari segi mental, fizikal, kewangan dan macam-macam lagi. 

Bila period lewat, suami aku dah tersenyum-senyum. Aku tak berani nak bagi harapan pape pun kat dia. Aku kata jangan excited sangat nanti kita kecewa. Kita tunggu selepas beberapa hari. Dia pun ok. Hari yang keempat, kami ke kedai dobi nak basuh cadar. Kebetulan sebelah tu ada pharmacy. Suami aku diam-diam pergi farmasi tu beli kit pregnancy. aku tak boleh cakap apa lah kan. Dalam hati gusarnya hanya Allah je yang tahu. Takut pun ada nak cek.

16 Mac 2016 (Hari ke enam)
Sebelum subuh aku ke toilet sebab nak melepaskan hajat (tu pun nak bagitau.. ;p) so, aku terus buat ujian kehamilan guna kit yang suami aku beli. Ya Allah debarnya la hai. Apalah agaknya keputusannya. 

Bila aku try ;

Alhamdulillah positif... Double Line!!

Menangis semahu-mahunya aku masa tu. Happy tak terkata. Aku pun kejutkan senyum aku nak tunjuk kit result tu punya pasal. Suami aku senyum tapi sebab masa tu baru 4 pagi dia tido baliklah sebab mamai kan. Hari tu jugak aku ajak suami p klinik jumpa doktor. hehehe... 

The Day We Remember... anak ibu hadir ke dalam rahim ibu. selepas jumpa doktor, doktor sahkan aku hamil 4weeks.. yeay!!! Terima kasih Allah atas anugerah yang ternilai ini. 

*Cerita ni agak berlapuk dah tapi memandangkan baru nak ada mood menaip, so terhasil lah entry ni. 

MAJLIS BERTANDANG SHURIANA & EZWAN (24.5.2015)

salam semua..

Kalau nak diikutkan lama juga gap antara majlis sebelah aku dan sebelah Incik Ezwan (Husband). aku dan Incik Ezwan ambil cuti 2 hari je selepas majlis. bukannya apa, memikirkan selepas berumahtangga ni lagi banyak cuti kitaorang nak guna, lebih-lebih lagi untuk majlis sebelah lelaki then honeymooon then bla..bla....bla... macam2 perancangan pulak lepas tu kan :) 

settle majlis sebelah aku, kitaorang pun balik ke Putrajaya bekerja macam biasa. masuk office macam biasa, pekakkan telinga je lah. masing-masing membahan aku macam-macam. biaselah beb, orang baru kahwin memang confirm akan lalui perkara yang sama. ;p

sebelum majlis di ipoh, family aku singgah tidur 1 malam kat rumah aku. so, dalam hari sabtu pagi, kitaorang konvoi 3 kereta dari putrajaya ke ipoh dengan family dan pakcik makcik aku. Incik Ezwan pulak dah balik ipoh dulu 2 hari awal (hari khamis) sebab banyak urusan yang perlu disettlekan kat sana. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku and Family stay kat Homestay area Taman Desa Tambun 

24 Mei 2015

MUA datang mekap aku dalam pukul 10.30. kalau ikutkan start mekap pukul 10 pagi. Walaupun lewat sikit, aku hope mekap ok and MUA dapat siapkan aku sebelum pukul 12 tengahari. Pakej MUA + pelamin + makan beradab memang murah. Tambah pulak Kak Fara ni kenalan Incik Ezwan. boleh lah nego harga. 

Ok tak mekap aku.? huhu.. ni bestfriend aku, cik aida. dulu dia  boss aku. Sampai sekarang kami masih keep in touch walaupun dia dah kat division lain. 

My lovely parents.miss u both... T_____T

kawan office Incik Ezwan, Mun dan keluarga.

Mommy to be Yan and Hot mommy, Mia.

Airil, Anjoy and pee. Tiga2 kawan baik Incik Ezwan. susah senang sama-sama. wife airil tak ada masa ni sebab masih lagi berpantang kat kampung. Bini2 dieorang oun ikut rapat sekali dengan aku. Nasib baiklah time lepak, dieorang ni bole masuk dengan aku. 

My lovely siblings

wefie jangan tak wefie

sebelah kiri tu adik beradik abang ipar, Kak Yan and wida. Kebetulan family abang ipar orang Ipoh jugak. 

Officemate Incik Ezwan datang dengan rombongan bas. terima kasih banyak-banyak pada korang sebab sudi datang memeriahkan majlis kami. 

My lovely bestie, Cik Eyeda n hubby

Acara memotong pulut kuning (tradisi orang perak). kat dalam mangkuk kaca tu, Rendang daging.

sepupu sepapat aku.

cute sangat tengok pict ni sebab tengok abah n mak aku posing teropong ni. susah nak tengok dieorang posing macamni. comel je...hehe... kalau bagi abah aku tengok pict ni mesti tergelak-gelak dia.

sekodeng lagiiik.....

oiiii..oiiiii.. *jerit camtu lah kott ^____^

Lambai sikit.................

Tah ape la aku sembang dengan Incik Ezwan aku masa ni. muke laki aku herot, aku pulak ternganga macamtu.

Masa ni, Family aku semua dah balik homestay untuk berkemas barang then terus balik ke Johor. aku pulak tukar selipar siap-siap sebelum bertempur di medan peperangan. kalau pakai heel, mau terpeleot kaki aku..ngehngehngeh...

muke aku tak bole blah. sampai terkeluar gigi aku.

Incik Ezwan memulakan peperangan 

ooookkkkk turn aku pulak...serang!!!!!

ok.. pengantin kena serang dulu... redha....

Siram jangan tak siram.. habis kena buli dengan sepupu incik ezwan. 

selagi ade punca air, selagi tulah masing-masing kena tembak air.

adoiyai anak buah incik ezwan yang depan tu. orang dah curah air masuk pinggan pun die masih teruskan makan lagi. lapar bebeno budak-budak ni. 

pistol air aku entah ke mana. memang redha je lah kalau kena tembak.

top to toe basah kuyup. dengan kakak ipar, mak mertua aku pun basah kuyup jugak. sejuk sikit kan, 

basah2 pun masih lagi nak posing.

oh my MIL n FIL yang sangat sporting. Alhamdulillah.
masa ni semua sedara mara dah balik. tinggallah family laki aku. baju kitaorang pun masa ni dah kering sikit. time ni lah family in law aku baru boleh bergambar.

oh..mulut ku... again... 

Family Abg Izarul, Abang Incik Ezwan yang sulung

Family Kak Linda, Kakak Incik Ezwan yang Kedua

Ni pulak, anak yang ketiga....yang paling bongsu, gedik dan manja... sebelah tu bini dia... eh..................*larik

flying kiss ^___-

macam-macam gaya yang mencuit hati kami. 

Lega hati aku dan suami sebab perkara yang wajib telah pun dilaksanakan. Majlis sebelah perempuan dah setel, sebelah lelaki pun Alhamdulillah dah selamat. Selepas ni banyak lagi perkara yang kami akan lalui. Susah dan senang kehidupan kami berkongsi sama-sama. Makan dan minum bukan lagi untuk aku sorang. lepas ni berdua. Mudah-mudahan dirahmati dan dipermudahkan OlehNya. Aminn...