SCAN 2D/3D/4D DI POLIKLINIK TANJUNG PERDANA, PERAK


1 Ogos hari tu, aku balik kampung husband kat Ipoh. Tak merancang pun nak buat scan kat sana. Tapi, disebabkan husband aku ni rajin meng'google' dan membaca review kat page FB, dapatlah dia search tempat ni yang kebetulan memang dekat sangat dengan rumah in law aku kat area tambun. Kalau ikutkan nak buat kat area Putrajaya/Bangi je, tapi disebabkan harga kat situ berpatutan, husband aku suggest buat scan terus kat situ. So, Husband aku terus je set appoinment dengan klinik tu untuk tetapkan tarikh and masa. Terima kasih mylove (mmmuahh gituu)

Appoinment set dalam pukul 10 pagi di tempat yang dijanjikan. (image ; google)

(image : google)

Ruang klinik yang bersih dan selesa untuk pesakit yang berkunjung ke sini. (image : google)

Pakej pemeriksaan yang disediakan kat sana. Kalau kat area Putrajaya majoriti harga lebih RM200++. Alhamdulillah masih lagi ada harga yang berpatutan. Aku dan husband decided amik pakej Diamond. (image : google)

Memang agak nervous pada mulanya. Sebab terfikir-fikir macam-macam perkara. 
"Sempurna ke baby"
"Baby sihat ke tak"
"Macamana rupe baby"
"Kedudukan baby ok ke tak"
"Uri kat atas ke kat bawah"
"Air ketuban terlebih ke terkurang"
huh. banyak betul yang bermain-main dalam fikiran. Tapi soalan-soalan tu korang boleh lah tanya kat doktor. Dia boleh tolong cek and tolong jawab kemusykilan yang berada dalam fikiran korang. Memang sangat membantu. Doktor yang sangat mesra dan aku rasa dia sangat penyabar orangnya. Namanya doktor Nor Aiza. kami bersembang macam-macam. Dia siap story kisah dia bekerja kat HKL sampailah die berpindah ke Ipoh ni. Tak terasa kita ni mcm patient dia.

Pada mulanya buat scan 2D dulu untuk tengok saiz and berat baby. 

Scan 2D ni doktor tunjuk pertumbuhan tulang baby, paru2, lain2 organ, jantina, Air ketuban dan kedudukan uri. Jantina ambil masa sikit sebab baby kurang bagi kerjasama sebab malu sangat ni. hehe..

Scan 3D untuk lihat gambar baby lebih jelas dan 4D untuk pergerakan baby (Nanti klinik akan supply softcopy dalam bentuk DVD) Baby ibu malu sangat ni. Macam-macam dia buat masa scan tu. Mendongak le. toleh kiri le. sembunyi belakang kawan (uri). Puas doktor tolak-tolak perut ibu tau. awak malu ye. End up, nampak sebelah muka je. Nampak le sebelah mata, hidung ngan mulut. huhu. Takpelah, awak malu ye sebab ibu ngan abah sekodeng awak. Kesian anak ibu. hehe.  

Dekat sejam jugaklah nak sekodeng anak ibu ni. Walaupun pemalu, anak ibu aktif. Bukan main lagi dia tonjol2 perut ibu. marah ye.. :p

Settle je scan, doktor bekalkan aku ubat alergik sebab ada tumbuh ruam-ruam halus kat perut. Merenyam jangan cakaplah.. Rasa nak cakar-cakar je perut sebab gatal sangat2. Mujur ubat tu berkesan. Tapi tak boleh pakai kerap sangat sebab risau ada effect pulak kat baby (walaupun doktor cakap takde masalah nak sapu kat perut, aku tetap ada perasaan risau gak) sapu bila ade rasa gatal je. 

(image : google)

Softcopy pergerakan dan gambar baby (DVD) dan CD lagu Classical TUnes for Babies from the womb to the world juga dibekalkan

Waktu operasi klinik. Untuk booking boleh call terus no. kat atas. (image : google)

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. (image : google)

Peta lokasi (Image : google)
Boleh bayar thru debit/kredit card (image : google)






No comments: