Lately rasa nak share tentang pregnancy. Hopefully takdelah yang boring. Huhu. Sebenarnya untuk peringatan diri dan share dengan sesiapa yang ada perasaan yang tak best macam aku ni. Kot2 lah akan datang aku terlupa. Then, kalau terbaca balik cerita ni mesti rasa macam tacing2 gituu.. :)
Alhamdulillah, kandungan aku dah masuk 26 minggu (6 bulan). Kick baby kian terasa dan semakin aktif setiap pagi dan malam. Tak tahulah, baby buat akrobatik ke, kuak lentang ke kat dalam tu. Yang penting baby buat ibu dan abah happy sangat-sangat tau. Tergelak je tengok kalau ada bentuk-bentuk tertonjol-tonjol keluar. Tah hape agaknya anak ibu main kat dalam tu.huhu. Rasa macam tak percaya tapi baby dah ada kat dalam perut ibu. Lagi 3 bulan insyallah kita akan bersua ye sayang :)
Terima kasih kepada Allah sekali lagi atas anugerah yang terindah buat kami.
Bila berita kandungan aku tersebar secara perlahan-lahan, ada yang excited sangat nak tengok perut aku. Macamanalah kalau sue ni berperut boyot. Tambah pulak aku ni tinggi dan kurus. So, masing-masing tak boleh nak imagine sebab masa mula-mula kahwin, tinggi aku 169cm & berat pulak 53kg. Rata-rata ada yang menegur
"Eh keciknya perut"
"Eh mana perut ko tak nampak pun"
"Macam tak pregnant je ko ni"
"Perut kecik takkan tak larat dah"
See.. Kalau korang kecik hati tak? Jujur mengatakan aku kecik hati jugaklah sebab ada yang mempertikaikan saiz perut aku ni. Tapi, aku bersyukur sangat-sangat sebab setiap bulan aku pergi routine check-up kat Klinik Kesihatan (KK), so far, Doktor kata condition baby n denyutan jantung baby pun ok. Ada nurse cakap "Ala-ala comelnya perut. Tapi yelah orangnya pun kurus kecik (kecik ke....)" Sedap sikitlah kalau dengar ayat cakap macamtu, takdelah hemak ni sentap (wakakaka...tu pun nak sentap)
Baru-baru ni adalah buat scan baby kat private sebab kita nak tau keadaan baby lebih detail. Alhamdulillah, denyutan jantung, paru-paru, pertumbuhan tulang, cukup organ, cukup jari tangan dan kaki, mata, hidung, telinga semua nampak. Huhuhu. Rasa nak menangis. Husband aku lah yang paling excited, nampak air mata dia bergenang. Happy tak terkata. Alhamdulillah. Berat badan dan saiz baby pun takde masalah. Rasa nak melompat je masa tu. Haih.. over naa mak ko ni baby. Yang penting baby sihat. Gender pun dah tau, Abah le yang paling happy. Lebar betol sengih. Ibu tak kisah yang penting anak ibu sihat walafiat. tu je :)
Risau sangat dengan saiz perut aku yang kecik ni aku tanya doktor, doktor cakap jangan risau, nanti masuk 7 bulan besarlah baby tu. Yang penting, jaga pemakanan. Baby dan ibu kena cukup nutrien. Alhamdulillah aku takde sebarang masalah tentang pemakanan. Semua aku bedal. Cuma makanan yang tajam dan panas aku tak sentuh. Takut! sebab aku termasuk dalam golongan yang berisiko sebab pernah miscarriage sebelum ni. Ubat yang doktor bekalkan jangan skip makan. (Macam aku doktor bagi obimin dan iron). Makan je apa nak makan untuk tumbesaran baby. Risau gak makan tak terkawal ni sebab aku rasa badan makin berat (bulan ni naik 2.5kg...OMG) Nasib baik nurse tak bising. ngeeeeee
Iron Tablets dan New Obimin
Lately, aku gila teh tarik sedangkan sebelum ni aku jarang-jarang order teh tarik kalau makan kat luar. Sampaikan husband aku pun pelik. Sebab selalu aku order air lain. Rasa lega sangat kalau lepas minum. hehehe.. oklah kan. bukan ngidam yang bukan-bukan pun. Ibu tak salahkan baby tau.. memang ibu yang nak minum. Baby dok diam-diam je dalam tu. So far, buah jangan cakaplah. Memang hantu sangat. Kena pastikan stok buah sentiasa ada dalam peti sejuk. Susu pun so far aku bedal tak kiralah susu tepung ke, susu kotak ke janji susu.
Sekarang ni tengah fasa nak memikir nama. Pening gak kepala fikir. Apelah nama nak letak. Buat list dulu. Search kat internet selagi boleh. Kita jumpa 3 bulan lagi ye sayang.
So, ibu-ibu kat luar sana yang risau saiz perut kecik jangan risau. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Yang penting dapatkan nasihat doktor kalau was-was. Jangan dengar sangat cakap orang. Kalau nak dengar cakap-cakap orang memang sendiri yang merana sebab asyik bersedih je. Kesian baby dalam perut tu.
Just enjoy the moment with someone inside ur tummy. :)
No comments:
Post a Comment