Bila kandungan aku dah masuk trimester kedua ni (25weeks) macam-macam perkara yang aku dapat rasa. Sakit kat bawah perut lah, alergic dan gatal-gatal pada permukaan kulit perut, cepat mengah, keputihan dan macam-macam lagi. Stress tu jangan cakap lah. Jiwa pulak jadi semakin sentimental. Cepat sangat terasa. Maybe sebab hormon kita ni dah share sama-sama dengan baby.
Check up baru-baru ni aku bagitahu semua apa yang aku rasa kat nurse. Lepas cerita bab keputihan je, nurse terus refer aku ke doktor. Sepatutnya minggu ni tak payah jumpa doktor tapi disebabkan ada beberapa permasalahan aku kena refer jugaklah. So, pada ibu mengandung kat luar sana, kalau ada masalah keputihan, sama ada berubah warna or berbau berterus-teranglah pada nurse. Kalau tak, boleh mendatangkan bahaya pada baby dalam kandungan.
;
;
;
Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.
Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.
Mitos dan fakta keputihan ketika hamil
1. Mitos : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan
Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentu sekali bukan nenas yang ternyata kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.
2. Mitos : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat mencegah keputihan.
Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil
Bahaya keputihan ketika hamil
Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.Kajian terkini mendapati kulat kandida boleh meresap masuk kedalam saluran darah dan mengakibatkan kes maut.
Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :
1. Chlamydia
Jangkitan yang dibawa oleh kuman chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan cepat.
2. Kuman Herpes Simpleks
Jangkitan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
3. Candida Albican
Jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4. Kuman HPV
Jangkitan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan maut.
5. Neisserea Gonorrhoea
Tips Yang Boleh Di Amalkan :
- Elakkan dari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadii khas anti gatal yang ada pH3.8-4.2
- Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
- Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
- Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
- Pastikan mencuci dubur dari depan tolak kebelakang bagi mengelak bakteria seperti e coli atau cacing kerawit masuk ke dalam lubang faraj atau kencing
- Jika guna alas seluar dalam,sila pastikan (panty liner jenis unscented) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan hanya memudaratkan.
- Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau,sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain..
No comments:
Post a Comment