THE DAY WE REMEMBER :)

Assalammualaikum w.b.t

First, nak say hello to all readers (yang tengah baca entry ni). Lama kita tak bersua ye cik adik cikkak semua. aku masuk nak bersihkan sawang dalam blog ni yang dah lama bermaharajalela. bizi sikit dengan kehidupan berumahtangga. ewah! (macam haku sorang yang ada laki ye dak??)
walaupun sebenarnye tak berape hado yang heran pun kan. wakakaka.. 

Lepas join KL Car Free Morning beberapa bulan yang lepas tetiba badan aku tersangat weak. Should be orang yang bersukan ni semakin cargas kan. Tapi aku lemau gila-gila sebab badan lembik tahap orang kebulur tak makan padahal makan boleh tahan mentekedarah. hehe.. Then, cepat ngantuk pulak.  Macam teruk sangat. Simptom apakah itu. 

Kebetulan masa tu period aku tak regular. Terlewat 2 hari. Tapi, aku tak nak lah terlalu mengharap walaupun masa tu jantung aku sangat berdebar-debar. lepas misscariage sebelum ni memang agak mengharaplah untuk dapat cahaya mata walaupun masa tu usia perkahwinan aku dan husband baru beberapa bulan. Yelah, ramai dah bertanya soalan-soalan yang aku rasa korang semua dah sedia maklum kot. Agak tertekan jugak masa tu. Korang imagine, aku yang baru kahwin berapa bulan masa tu orang dah sibuk-sibuk apatah lagi yang dah kahwin bertahun-tahun, Kesian seyh. Tapi, aku cuba kuatkan hati. Maklumlah, hati seorang perempuan. Soalan macam ni agak sensitif tapi aku percaya rezeki yang Allah bagi kat aku. Mungkin, Allah nak aku dan suami betul-betul bersedia dari segala segi. Maksudnya dari segi mental, fizikal, kewangan dan macam-macam lagi. 

Bila period lewat, suami aku dah tersenyum-senyum. Aku tak berani nak bagi harapan pape pun kat dia. Aku kata jangan excited sangat nanti kita kecewa. Kita tunggu selepas beberapa hari. Dia pun ok. Hari yang keempat, kami ke kedai dobi nak basuh cadar. Kebetulan sebelah tu ada pharmacy. Suami aku diam-diam pergi farmasi tu beli kit pregnancy. aku tak boleh cakap apa lah kan. Dalam hati gusarnya hanya Allah je yang tahu. Takut pun ada nak cek.

16 Mac 2016 (Hari ke enam)
Sebelum subuh aku ke toilet sebab nak melepaskan hajat (tu pun nak bagitau.. ;p) so, aku terus buat ujian kehamilan guna kit yang suami aku beli. Ya Allah debarnya la hai. Apalah agaknya keputusannya. 

Bila aku try ;


Alhamdulillah positif... Double Line!!

Menangis semahu-mahunya aku masa tu. Happy tak terkata. Aku pun kejutkan senyum aku nak tunjuk kit result tu punya pasal. Suami aku senyum tapi sebab masa tu baru 4 pagi dia tido baliklah sebab mamai kan. Hari tu jugak aku ajak suami p klinik jumpa doktor. hehehe... 

The Day We Remember... anak ibu hadir ke dalam rahim ibu. selepas jumpa doktor, doktor sahkan aku hamil 4weeks.. yeay!!! Terima kasih Allah atas anugerah yang ternilai ini. 


*Cerita ni agak berlapuk dah tapi memandangkan baru nak ada mood menaip, so terhasil lah entry ni. 

No comments: