Kuala Lumpur Car Free Morning 2016

Seperti yang aku janjikan dari entry yang sebelum ni adalah berkenaan Kuala Lumpur Car Free Morning...aku dilahirkan di kolumpo , bersekolah di kolumpo , membesar di kolumpo , mengaji pun di kolumpo, kawan2 aku kebanyakannya di kolumpo tp sayang.......aku tak pernah naik beskal dalam kolumpo sepanjang hidup aku ni!!! hahahahaha paling kuat mengayuh dari rumah dkt setiawangsa ke keramat(sekolah rendah) xpun ke lembah keramat(menengah) lepas tu masuk skolah menengah setiawangsa sebab aku nakal..hahahaha xpun aku mengayuh ke pasar dato keramat sebab nak pg kedai sticker yg top dulu dkt dalam pasar dato keramat sebab nak beli sticker alien workshop nak tampal dkt beskal....sepanjang kl free car morning ni diadakan barulah ini kali pertamanya aku berpeluang mengayuh klfm...pepagi selepas subuh aku dah gerak dari ampang ke kawasan dataran merdeka pasal pikir parking situ senang...kalau korang nak senang parking la area klcc @ jalan ampang..tapi kena sampai sebelum pukul 7am, kalau lepas 7am korg mmg xkan dpt masuk.... Program KLFM ni hanya pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari jam 
7.00pagi -9.00pagi...dan berbagai2 aktiviti ada. Pelepasan adalah pada jam 7.00pagi. Laluan sejauh 7km sahaja(1 loop)..kalau korg rasa nak jauhkan jarak korg tu buat la berapa loop korg suka(aku buat 2loop je sebab kesian dkt bini aku dia complaint tayar dia kecik 20" mana sama laju nak mengejor aku 27.5") tapi sampai pukul 9am je la lepas tu kenderaan dah start masuk laluan ni kembali...

- Jadual Kuala Lumpur Free Car Morning 2016 -

Lepas je setel berkayuh dgn geng2 ECT (Everyone Cycling Team) kami pun diceritakan oleh pak aziz pasal roti canai special(roti kosong banjir+telor separuh masak 2 biji dalam 1pinggan juga ada dalam) area masjid india berdekatan dengan sungai...nyum2 tempting weh!!! apa lagi badan dah sikit penat lapo lak tu ye la mana sempat nak bfast bagai! mmg champion tmpat ni! tetiba terlior plak bila ingat.. sini bawah gambar juga ada kasi tgk kalau mahu guide saya kasi . Confirm la ramai geng2 beskal lepak sini lepas ride...

Bukan senang nak berhenti tengah2 jalan dkt kolumpo ni semata2 nak amik gambo..time KLFCM ni je la ngam...

Ni la sebahagian dari ECT , ECT ni ramai weh ahli dia....salah satu sebab kenapa aku suka join ECT ni pasal tak racist.hahaha tak kisah kau beskal apa, jenama apa, mahal ke murah ke, bujang ke kawin ke, eh!! hahahaha paling best la aku rasa sebab pelbagai peringkat umur ada!! Tp aku la yg paling muda.hahahaha


Ku bersyukur padamu Ya Allah kerna dikurniakan seorang isteri yang tiada gantinya...


Alhamdulillah tercapai juga salah satu hasrat aku nak bawa puan sue ni meronda2 kl berbeskal...insyallah ada rezeki lagi bersama la kita meronda2..skang dia dah start kene cuti! cuti apa?? hahaha tggu ya!! ish tak sabo aku!

Ni wife pak aziz kak lila...couple yang mmg aku respek mengayuh merata2!! terima kasih pak aziz kerana sudi ambil gambo kami ni ya!! ni otw nak p pekena roti canai spesel...


Hah ni ha map kalau korg nak pekena roti canai special masjid india.. next time mmg aku pg lagi weh!!



Geng-geng ECT yang sempoi tp kental!!


Alhamdulillah ku syukuri nikmat yang yang kau kurniakan Ya Allah...


No comments: