RESEPI SPAGETTI AGLIO OLIO SEAFOOD DAN PUDING KARAMEL

Assalammualaikum. 

Ni menu berbuka puasa jumaat lepas. Dah habis fikir dah nak masak apa. Boring makan nasi. Rasa nak buat something lain dari yang lain (takdelah lain sangat pun). Teringat beberapa hari sebelum puasa hangout dengan member, member order menu ni. tu yang rasa meleleh-leleh air liur nak makan. ;p


Resipi :

spagetti - setengah bungkus
Oregano (4 tangkai)
daun Parsley ( 5 tangkai.. ikut koranglah nak letak banyak mana)
serbuk black-pepper 
Chili flakes (letak sikit je untuk rasa pedas2)
Olive oil 
Bawang putih (hiris tipis-tipis)
Stock ayam (aku pakai kuib ayam je)
garam (secukup rasa) 
cendawan shitake (hiris)
udang (buang kulit)
sotong 

Cara-cara memasak : 

1. celur spagetti. jangan celur sampai lembik sangat. Agak-agak kenyal2, dah boleh angkat dan toskan. 
2. Panaskan kuali dan masukkan olive oil , then masukkan bawang putih. Tumis jangan sampai garing sangat ye. 
3. Untuk elak bawang putih jadi garing letak cepat-cepat stok ayam. kiub ayam campur sikit dengan air dan masukkan dalam kuali terus. berdesir sikit bunyinya.
4. Masukkan Seafood (udang dan sotong), cendawan shitake. Gaulkan. agak2 seafood dan cendawan tu half-cooked, aku bubuh garam siap-siap.
5. Masukkan oregano dan terus tuangkan spagetti yang dah dicelur tadi. 
6. Gaulkan sebati. 
7. Masukkan Serbuk black pepper, chili flakes dan daun parsley.

dah siap dah. Sambil-sambil masak tu aku pun membancuh adunan untuk puding karamel. sekejap je pun buatnya (eksen ayat aku noo). lepas masukkan dalam acuan tinggal kukus dalam 20-30 minit. 


Resipi

Susu Cair (1 tin)
Telur ayam (5 biji)
Serbuk vanilla (Secubit je) 
gula 

Cara-cara membuat : 

1. Untuk karamelnya, masukkan gula dalam periuk. gaul sampai betul-betul cair. then terus masukkan air. Bunyinya agak berdesir. Tapi takpe, teruskan gaul sampai cair. Angkat dan sejukkan. 
2. Pukulkan telur ayam sampai kembang sikit. 
3. Masukkan susu cair ke dalam telur dan pukul sekali lagi. 
4. Bila karamel dah sejuk, masukkan adunan telur dan susu tadi ke dalam karamel. 
5. kukus 20-30 minit. 

ok. selamat mencuba. :)

No comments: