KONVOI BERBASIKAL 1WP 28.2.2016

Salam semua. 

Agak excited juga nak join konvoi ni sebab santai-santai je. Tambah pulak xde Fee. Free je kan, memanglah best. ^^

Nak cerita panjang pasal checkpoint konvoi ni memang le aku tak reti. 
Jarak konvoi terbahagi kepada 2 bahagian- 10km dan 40km. Aku semestinya pilih 10km je sebab sedar diri tak berapa nak larat mengayuh kann. Umur dah masuk 3 series. training sekali je masa yg 13km aritu. Pergh siap training lagi tuuu. poyo je kan 

Kitaorang keluar rumah seawal 6.15pagi sebab nak arrange basikal masuk kereta abang ipar. pergi dengan 4x4 n MPV so senanglah nak angkut sebab basikal ada 7bijik. iols parking depan office aku kat presint 2, Then, dari presint 2 iols ride terus ke presint 3. Tak jauh pun, tak sampai 1 km kot. Sampai je kat Palace of Justice (Istana Kehakiman) Presint 3, kami terus ambil tempat. orang belum ramai lagi.

Happy sangat sebab adik beradik husband join sekali. Meriahlah sikit konvoi tu. 

Best gila udara time pagi ni. sejuk n fresh. Memandangkan pelepasan lambat lagi masing-masing berposing bagai la kan. macam-macam gaya. penuh hp dengan gambar. At last, 3, 4 bijik je masuk blog ;p


Kakak ipar dan family (kakak husband) semangat masing-masing nak mengayuh beli basikal n complete suit utk rider. 

abg ipar n isteri. Abg Long n family Mai jauh dari Ipoh semata2 nak mengayuh. Nampak comel je deme ngayuh Tandembike sbb kakak ipar tak berapa reti nak kayuh basikal. So, abg long nak galakkan kak miza mengayuh sekali pakai basikal ni lah. kiranya letak kaki je lah. hehe. kot2 la lepas ni terus pandai kayuh kan. good luck kak miza!!

Masih lagi menanti. lambat lagi kot. masa ni baru pukul 7 pagi. Minister pun xsampai lagi untuk acara perasmian. So, kita kena tunggu lah. keras kejung kat situ. Rasa nak terberak terkencing semua ada. macam nak pergi race pulak kan... poyo jr... 

Breakfast provided. Ada pisang, roti n drinking water. So, masing-masing takdelah kelaparan. Kalau aku memang takdelah nak makan sebelum bersukan, alamatnya time aku ride tu aku stop jap, aku park kejap basikal tepi jalan pastu masuklah mana2 semak n............melabo kan situ... blerrggg? ^___^

Selepas tamat acara perasmian oleh minister, dalam pukul 8.30pagi, kitaorang pun dilepaskan ke checkpoint yang telah ditetapkan. laluan 10km ni strait je, ada kona2 sikit pastu naik bukit tahap hazab. So far, aku tak delah sampai turun dari basikal sorong basikal sebab tak boleh nak naik bukit. ada juga yang tak larat, surrender stop tepi jalan. penat barangkali. Alhamdilillah dipermudahkan. 

walawei..serius benau muka teman. tengah kona kot masa ni. Macam biasa husband escot dari belakang. kot2 jadi benda yang tak patut. 

Tersengih encik husband. Selalu dia kata, asyik dia je yang snap gambo orang. Tapi gambo dia taakde pun. alololo.. 

Aku amik pict ni dari page kayuhan basikal 1wp. kredit to fotografer yang snap pict ni. tq so much. (kot2 la dia tengok gambo ni)

Muka kepenatan selepas berjaya menamatkan kayuhan 10km. tak terasa pulak 10km. macam dekat je. baru naik bukit sikit dah semput. aku tak dapat imagine yang mengayuh 40km tu. Macamanalah agaknya. dengar cerita laluannya lagi mencabar. huhu..


aku, husband and anak buah dia sampai finishing serentak.

Nah pingat penat lelah ko mengayuh ko dah dapat. amik dalam kotak je pingat ni. Tak payah naik podium bagai. 

bersepah2 pingat. yang tak mengayuh pun boleh dapat pingat. huh... mana aci!!!1

ex boss aku pun join gak. suka dengan dia ni sebab lawak dan sporting

Sponsor utama untuk makan tengahari. Burgerbyte by Zizang Razak n L.A. White Coffe Kopiko. sedap burger ni walaupun basic je. 

Lepak-lepak dengan kakmiza n aiman (anak buah)

Anti Sosial masing-masing ;p

Menunggu untuk cabutan bertuah. 

Letihnya menunggu. sampai terlentok2 ngantuk n penat masing-masing. 

Dalam pukul 12 tengahari baru announce nama pemenang cabutan bertuah. lamanya nak menunggu. masa announce peserta nak kena cek nombor plat sendiri kat notice board. bayangkanlah berapa ribu orang nak kena berasak-asak nak cek nombor masing-masing kat board. aku cek gitu-gitu je. lantaklah dapat ke tak. tak kuasa nak berhimpit2. Dengan panas teriknya. Matahari atas kepala kot. Husband ade ajak gak pergi cek. Aku dah start sakit kepala, mintak maaf sayangku, tak dapat nak teman pergi cek. 

Rezeki untuk cabutan bertuah tak berpihak pada iols. Husband kecewa gak sebab dia gigih menunggu. Takpelah, mungkin rezeki kita kat lain event nanti. 

Selesai event, iols balik semula ke office aku nak letak balik basikal kat kereta. sambil-sambil tu try tandembike abg long. bukan main seronok masing-masing. sakit kepala pun hilang. 

Syok wooo

IMage berlatarkan bangunan perbendaharaan Malaysia Putrajaya

Dalam pukul 1.30 kitaorang pun balik. tak larat dah. Balik rumah semua tumbang. 

No comments: