First TIme Ride Jauh-jauh


Salam semua.. hampir setahun tinggalkan kejap blog ni. Macam-macam benda nak story tapi bizi sikit dengan kerja kat office and kat rumah. Almaklumlah, dah ada anak bulus 6 ekor, kenalah spent masa lebih sikit. ^___^ . Nak bersukan pun macam tak sempat je. At last, badan iols pun jadi berat and malas nak bergerak. huhu.. sampai bila uols.. Badan kita makin lama makin tua. Kena kasi gerak-gerak manja sikit. ewah.. pandai nak nasihat orang ye. Sendiri pun ke laut. hihi.. 

Husband aku memang dah lama minat nak berbasikal ni. Cuma lately baru ada kesempatan untuk berbasikal. Mula-mula berat gak nak follow, tapi ku turutkan jua demi mu wahai encik suami. hehe. 

First Ride, Checkpoint pertama kununnya. Masjid Putra. Sememangnya wanita memang sinonim dengan bergambar. Mujurnya encik suami memahami. hehe. .Walaupun tempat ni dah terlalu familiar untuk kitaorang ^^


Menikmati pemandangan ciptaan Allah. best sangat. bila uols naik basikal, tempat celah-celah ceruk semua korang akan lalu dan aku mengaku, sepanjang aku stay sini, aku tak pernah lalu tempat-tempat ni. *Jalan Presint 8*

Alhamdulillah naik basikal ni penat pun tak terasa sangat. Penat skit-sikit je time naik bukit. Kalau turun bukit or curam, angin dia... pergh.. best gila... 

Palace of Justice (Istana Kehakiman) Presint 3. 

So, untuk first ride ni, kami berjayalah juga buat 13.5km. speed tu jangan ditanya. slow je la. sebab bawak pun rilek je. 



Dpatin, MZ Cafe Presint 18

Salam semua.. 

Lunch tengahari ni makan dekat kawasan office je. Dah lama teringin nak makan kat sini. Bertangguh-tangguh sampai ke terlupa niat nak makan kat sini. End up, dapat juga makan. Sebab member ofis ajak. Tapi kena bayar sendiri la.hehe.

Member aku cakap colour kedai ni macam kat oversea. sebab colour kuning. (keliru skejap....)

ade juga buat ayat keep calm-o-matic kat depan kedai

susun atur kedai makan yang luas, kerusi meja makan pun banyak. so, korang pun tak berebut nak duduk kan. Menu pun banyak pilihan. 

Kami punya 'pancingan' tengahari tadi

plate presentation aku memang out abis. ok. harga agak tercekik la. RM15 termasuk air. aku order limau suam. maybe sebab harga patin mahal. Size patin pun agak besar. So, lepas ni kalau korang nak makan, share berdua dengan kawan pun ok. Rasanya boleh tahan juga.


Kamera ku agak berjerebu. huhu

Sesape yang snap gambar confirm muka korang kat depan akan terasa tembam dan besar macam pinggan.

Tempat : D'Patin MZ Cafe, Presint 18 (terletak di belakang Court Futsal 1 Malaysia Presint 18)
Masa buka : 8pagi  - 11malam (Isnin - Jumaat)
Hari Minggu tutup

ok. sesiapa nak cuba masakan 1 Malaysia boleh lah datang kat sini.