Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Dpatin, MZ Cafe Presint 18

Salam semua.. 

Lunch tengahari ni makan dekat kawasan office je. Dah lama teringin nak makan kat sini. Bertangguh-tangguh sampai ke terlupa niat nak makan kat sini. End up, dapat juga makan. Sebab member ofis ajak. Tapi kena bayar sendiri la.hehe.

Member aku cakap colour kedai ni macam kat oversea. sebab colour kuning. (keliru skejap....)

ade juga buat ayat keep calm-o-matic kat depan kedai

susun atur kedai makan yang luas, kerusi meja makan pun banyak. so, korang pun tak berebut nak duduk kan. Menu pun banyak pilihan. 

Kami punya 'pancingan' tengahari tadi

plate presentation aku memang out abis. ok. harga agak tercekik la. RM15 termasuk air. aku order limau suam. maybe sebab harga patin mahal. Size patin pun agak besar. So, lepas ni kalau korang nak makan, share berdua dengan kawan pun ok. Rasanya boleh tahan juga.


Kamera ku agak berjerebu. huhu

Sesape yang snap gambar confirm muka korang kat depan akan terasa tembam dan besar macam pinggan.

Tempat : D'Patin MZ Cafe, Presint 18 (terletak di belakang Court Futsal 1 Malaysia Presint 18)
Masa buka : 8pagi  - 11malam (Isnin - Jumaat)
Hari Minggu tutup

ok. sesiapa nak cuba masakan 1 Malaysia boleh lah datang kat sini. 

FAREWELL UNTUK SUPPORT STAFF

Assalammualaikum..

Entry dah berzaman, baru nak update. busy sangat bunyinye. padahal nak eksport pict masuk pc tu yang rase berat hati. hehe.
2 minggu lepas, office ade buat farewell untuk meraikan support staff yang bertukar ke bahagian dan agensi lain. ramai jugaklah yang diraikan. susah nak explain kenapa ramai sangat yang keluar. panjang ceritanya. Yang penting aku rase sedih sangat ni sebab kawan-kawan ramai yang bertukar. makin sunyi le office lepas ni. sobs....sobs..


Antara yang diraikan. Tak semua ada ni. ramai yang bercuti.


bergambar kenangan dengan kawan-kawan yang akan bertukar.

kak roy  (tudung purple tengah) dah dapat penempatan kat kastam.

hopefully still keep in touch sampai bila2. will miss u... 

mana-mana kawan yang tinggal ni, kita teruskan kerja macam biasa. walaupun hati terasa berat nak melepaskan kawan-kawan yang lain bertukar ke tempat lain. senarai tugas semakin bertambah, tapi, kita cuba jugaklah buat mana yang termampu. caiyok2!!!!



SOLEMNIZATION : IZAN & KHALIS PART 1

Assalammualaikum....

Sabtu lepas (1/3/14), wedding BFF aku, Izan.. ramai orang cakap muka dia ni sama dengan aku. Ade yang kata kembar la... adik beradik la.... sepupu sepapat la.... kitaorang pun tak tau tang mana yang sama kat muka kitaorang ni. 

Majlis pernikahan berlangsung jam 9.30 pagi di kediaman Izan, Taman Rasah Jaya, Seremban. 
My Bff, Izan berseri2 di hari pernikahan. Sedang menanti bakal husband tiba masa ni.
Aku dilantik sebagai tukang kepit dia sepanjang majlis (Pengapit laaa....) tertonggeng sana sini. burok seh!
Pengantin lelaki dah sampai, tunggu Tok Imam pulak. 
Sesi bacaan taklik oleh Tok Imam sebelum akad nikah. kalau kat Johor, taklik akan dibacakan sendiri oleh pengantin selepas selesai Akad nikah. 
Upacara pernikahan bermula.. berdebar2 si Izan.. muka cuak semacam je makcik tu.. 
Menanti untuk upacara membatalkan air sembayang
Salam suami... jangan tak salam


lega noooo dah selamat dinikahkan....hilang semua rasa debar..Then, menunggu untuk moment bersanding lak untuk petang tu...



Ok.. now, times for bridemaid menggedik pulak depan kamera. tadi dah kasi can kat ratu sehari kita bergambar kaw2 punya. 

Aku n Izan. 
Lawa kan baju Izan.. berkenan betul aku dengan dress dia yang cun tuh. Colour dah confirm colour favourite dia.. Mint Green and lagi satu die request kat bridemaid dia pakai colour peach n of course favourite colour die juga... hehe... susah wooo nak cari  colour soft peach nih. nasib baik jumpa. takpelah, demi izan yang tersayang.. cewahh
oit..jangan lebih2... tunggu malam karang la... haha
eee...malu lah weii...
unlimited selfie by weols....wehuuuu....
yang depan tu shai, yang kanan tu Miera.. and i yang kiri tu.. mihmihmih



ok guys.. tunggu gambar sanding plak kat entry seterusnye ye... daaaaaa....



PUTRAJAYA CHALLENGE PARK : INDOOR ROCK WALL CLIMBING

Assalammualaikum.

Putrajaya challenge park ade 3 main attractions. 

- indoor rock  wall climbing complex
- skate park and thrill park
- mountain bike trails.

So, Geng-geng aku ni decide nak buat wall climbing. Sebelum ni pernahlah pergi sini tapi kitaorang panjat yang basic je. Zone untuk budak2 punye.. miahaha....


kalau nak tau tentang bayaran or ape2 pun tentang tempat ni bole tengok detail kat bawah 


or check trus ke website INI

Aksi 18SG (dont try this at home) ahaks..

kami gangster Ladies trek (takot tak??)




Geng weols.... miera, ain, shud, shai, masyitah n ME... lagi sorang IZAN tak dapat join coz balik kampung.


pixt posing lebih banyak dari climbing.. miahaha... itu lah kami.. tak seda orang sekeliling memerhati gelagat kitaorang. ade aku kisah....!!

The OSmets, Miera n shy... 
ok.. finally dapat gak tengok pixt panjat2 kan. nilah rupenye climbing wall tuh. nampak scary tapi hakikatnyeee...... korang kenelah try sendiri.. mihmihmih...



ni zon bebudak, aku beranilah try sebab rendah giles... hihi...
Ni Zone A Expert Bouldering Wall
gayat aku tengok. huhu..tinggi....

oklah uols.. kalau nak try rare ke tak rare sukan ni boleh lah datang terus ke Taman Cabaran, Presint 6, Putrajaya. 



WEDDING : MY DEAR BFF, AIN

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend (Hari Sabtu), aku attend wedding member aku merangkap Ex-officemate aku, Ain kat area2 Putrajaya ni je.

Dulu masa kitaorang satu opis, selalu lah jugak hang out ngan die, p makan then bergosip, cuci mata, mendekor event opis sama-sama. kiranya dielah tempat aku gelak, tempat aku melalak. hahaha.. poyo.. Bila dia dapat tawaran kerja kat tempat lain, aku dah start rasa sebak and tak syok sebab rasa lainlah  kalau dia tak de. hukhuk.

masa hari dia pindah lagilah aku tak boleh pandang muka dia langsung. Tengok muka die je, Berjurai air mata aku. sedih babe! BFF aku nak blah p tempat lain. walaupun masih boleh jumpa, tapi situasi lain sikit sebab die duduk jauh lah jugak then nak kena sesuaikan diri bila dia dah takda kat opis ni! ohhh.. poyo nye statement, tp, tu lah hakikatnya. statement macam aku ni laki bini..So, jangan tanya kenapa aku sedih dalam banyak hal kalau melibatkan si Ain ni.. hihihi...

Tapi, Alhamdulillah, ada hikmah die pindah ke sana. die jumpa lelaki sejati yang betul2 menawan hati dia untuk dijadikan suri...Alhamdulillah.. happy sangat sebab akhirnya die jumpa jodoh dia.

Moment Ain selepas dinikahkan di Masjid Putra, Putrajaya hari jumaat sebelum hari persandingan. Alahai aku plak nanges melebih selepas husband dia melafazkan akad. sedih BFF aku dah 'dipuankan'..hukhuk..
sweet kan.... 

Ain kini dimilik oleh jejaka 'janggut sejemput' yang diidam2kan... kihkih.. jangan maraah beb!

During Wedding day - Candy Buffet Corner
Orange + Yellow theme colour 
Kalau nak book, boleh lah tengok2 blog kak Nadia.

Guest Book
 Prop untuk photo booth
eh, anak sapa pulak ni. malu2 pulak.. mau tapi malu. perangai sebijik MAMA dia. hehehe
 Alololololo..sweetnye
  Meh..honey pulak suap darling (buat dialog sendiri)
 baik2 kang air masuk hidung
 Walaupun kedua2nya keletihan dalam membuat preparation utk  wedding, masih lagi boleh senyum. 
 Nak gak ambik gambo ngan pengantin. walaupun tudung masing2 dah tak semenggah. hehe
ok.. posing spesies apakah ini. hahaha.. dengan cik aida sekali duduk kat tepi bangku pengantin. kalau tengok, aku gelak sendiri.. macam terapung pun ade. then siku tu tak menahan. macam aku pulak yg sandar siku kat bahu laki dia. padahal aku just buat sign peace kat belakang bahu dia. aiyak.. haha...

ok, last shout,  My dear friend Ain n hubby, Aku doakan perkahwinan uols kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya. Aminnn.....beranak ramai2 tau ain...ko beranak, aku terus nikah! eh.... hehe