PUDING MILO LAPIS OREO


Dah lama teringin nak makan puding oreo milo ni. Nak request kat orang macam segan lah pulak. So, aku nekad untuk buat sendiri walaupun tak pernah try sebelum ni. Bahan simple je rupenye tapi disebabkan ada penyakit 'M' tu yang buat payah nak jalan keje tu. hehe.. 


Bahan-Bahannya

Bahan A

Susu Cair 
Agar-agar 
Susu Pekat 

Bahan B

Oreo (Patah-patahkan untuk dapatkan kuantiti yg banyak)
Milo

Cara-cara membuat : 

1. Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih then kacau hingga sebati seterusnya masukkan Susu Cair, Untuk tambah kemanisan, aku tambah sikit susu pekat. kacau lagi hingga sebati. dalam 10 minit padamkan api. 

2. Disebabkan aku buat layer. kena buat step by step. Bahan A yang dimasak tadi bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian tu masukkan milo dan kacau. lagi satu bahagian biarkan bewarna putih.  masukkan separuh ke dalam bekas then susun Oreo ke dalamnya. Sejukkan seketika then agak dah keras sikit masukkan lagi satu bahagian yang berwarna putih, susun oreo lagi ke dalam tu then buat cara yang sama hingga lapisan yang ke-4.

3. Sehingga lepisan yang ke empat terus masukkan ke dalam fridge. 

Siap dah!!! Simple kan... 


NASI LEMAK IKAN BILIS + AYAM KENTUCKY


#IftharHariKe15  

Masa kat opis tetibe teringin sgt tekak ni nak makan nasi lemak dengan ayam kentucky. Terpikir sama ada nak masak or nak makan kat luar je. Pastu bulan puasa ni sume kedai naikkan harga makanan. Bazaar?? Serik dah.. pernah try beli sekali.. rasa memang sgt failed. Dengan basinya lagi. Apa yg korang expect kalau sebagai pengguna. Mesti nak yang terbaik kan.. so, aku decide utk masak je. So terhasil lah menu ni. 

Kalau ikutkan badan memang penat. Balik kerja kejar masa nak masak. Masa sgt terhad klw nak masak macam-macam. So, aku try the best je lah. Mana yg termampu.


Presentation kena cun (takdelah cun mana pun..hahaha) nampak penuh je kan meja. Padahal makan berdua je.. [ada 3 org sebenarnya tp lagi sorg makan kat dalam perut.. dok diam-diam ye sayang.. ibu tolong makankan utk kamu :')]. Badan letih pun ada hati gak nak letak berhidang. Orang kata nak amik feel kan.. hehe.. 

Resipi nasi lemak biasanya ambik dari mak aku. Simple n mudah je cara memasak. 

Nasi lemak

beras (2 1/2 pot)
Serai (titik kan)
Daun pandan (carik2kan dan ikat simpul mati)
Bawang putih (hiris tipis)
Bawang merah (hiris tipis)
Minyak masak (2 sudu)
Halia (ketuk kasi pecah sikit)
Santan 
Garam (2 sudu kecil)

* Cara masak : basuh beras, masukkan santan, bawang putih, bawang merah, halia, serai dan daun pandan siap-siap. Masukkan minyak masak sikit untuk pastikan nasi x melekat antara satu sama lain. Lepas separuh masak, masukkan garam then, tinggal hingga nasi tanak.

Sambal ikan bilis

Ikan bilis (tumbuk hancur)
Cili kering (gunting utk buang biji dan rebus then blend)
Asam keping (1/2 keping je)
Garam dan gula secukup rasa 
Minyak masak 

* cara masak : masukkan minyak, tumis ikan bilis hingga garing sikit, masukkan asam keping then terus masukkan cili kisar. Tumis hingga naik minyak then masukkan garam gula.. 

Bahan Hiasan

Kacang tanah dan ikan bilis (digoreng)
Timun jepun 
Telur rebus 
Ayam kentucky (pakai telur dan tepung segera je)

Husband aku tolong buat air teh tarik kaw malam tu.. so fefelin macam makan brekpes gitu.. :) 

Alhamdulillah.. kenyang... 

RESEPI SPAGETTI AGLIO OLIO SEAFOOD DAN PUDING KARAMEL

Assalammualaikum. 

Ni menu berbuka puasa jumaat lepas. Dah habis fikir dah nak masak apa. Boring makan nasi. Rasa nak buat something lain dari yang lain (takdelah lain sangat pun). Teringat beberapa hari sebelum puasa hangout dengan member, member order menu ni. tu yang rasa meleleh-leleh air liur nak makan. ;p


Resipi :

spagetti - setengah bungkus
Oregano (4 tangkai)
daun Parsley ( 5 tangkai.. ikut koranglah nak letak banyak mana)
serbuk black-pepper 
Chili flakes (letak sikit je untuk rasa pedas2)
Olive oil 
Bawang putih (hiris tipis-tipis)
Stock ayam (aku pakai kuib ayam je)
garam (secukup rasa) 
cendawan shitake (hiris)
udang (buang kulit)
sotong 

Cara-cara memasak : 

1. celur spagetti. jangan celur sampai lembik sangat. Agak-agak kenyal2, dah boleh angkat dan toskan. 
2. Panaskan kuali dan masukkan olive oil , then masukkan bawang putih. Tumis jangan sampai garing sangat ye. 
3. Untuk elak bawang putih jadi garing letak cepat-cepat stok ayam. kiub ayam campur sikit dengan air dan masukkan dalam kuali terus. berdesir sikit bunyinya.
4. Masukkan Seafood (udang dan sotong), cendawan shitake. Gaulkan. agak2 seafood dan cendawan tu half-cooked, aku bubuh garam siap-siap.
5. Masukkan oregano dan terus tuangkan spagetti yang dah dicelur tadi. 
6. Gaulkan sebati. 
7. Masukkan Serbuk black pepper, chili flakes dan daun parsley.

dah siap dah. Sambil-sambil masak tu aku pun membancuh adunan untuk puding karamel. sekejap je pun buatnya (eksen ayat aku noo). lepas masukkan dalam acuan tinggal kukus dalam 20-30 minit. 


Resipi

Susu Cair (1 tin)
Telur ayam (5 biji)
Serbuk vanilla (Secubit je) 
gula 

Cara-cara membuat : 

1. Untuk karamelnya, masukkan gula dalam periuk. gaul sampai betul-betul cair. then terus masukkan air. Bunyinya agak berdesir. Tapi takpe, teruskan gaul sampai cair. Angkat dan sejukkan. 
2. Pukulkan telur ayam sampai kembang sikit. 
3. Masukkan susu cair ke dalam telur dan pukul sekali lagi. 
4. Bila karamel dah sejuk, masukkan adunan telur dan susu tadi ke dalam karamel. 
5. kukus 20-30 minit. 

ok. selamat mencuba. :)

THE DAY WE REMEMBER :)

Assalammualaikum w.b.t

First, nak say hello to all readers (yang tengah baca entry ni). Lama kita tak bersua ye cik adik cikkak semua. aku masuk nak bersihkan sawang dalam blog ni yang dah lama bermaharajalela. bizi sikit dengan kehidupan berumahtangga. ewah! (macam haku sorang yang ada laki ye dak??)
walaupun sebenarnye tak berape hado yang heran pun kan. wakakaka.. 

Lepas join KL Car Free Morning beberapa bulan yang lepas tetiba badan aku tersangat weak. Should be orang yang bersukan ni semakin cargas kan. Tapi aku lemau gila-gila sebab badan lembik tahap orang kebulur tak makan padahal makan boleh tahan mentekedarah. hehe.. Then, cepat ngantuk pulak.  Macam teruk sangat. Simptom apakah itu. 

Kebetulan masa tu period aku tak regular. Terlewat 2 hari. Tapi, aku tak nak lah terlalu mengharap walaupun masa tu jantung aku sangat berdebar-debar. lepas misscariage sebelum ni memang agak mengharaplah untuk dapat cahaya mata walaupun masa tu usia perkahwinan aku dan husband baru beberapa bulan. Yelah, ramai dah bertanya soalan-soalan yang aku rasa korang semua dah sedia maklum kot. Agak tertekan jugak masa tu. Korang imagine, aku yang baru kahwin berapa bulan masa tu orang dah sibuk-sibuk apatah lagi yang dah kahwin bertahun-tahun, Kesian seyh. Tapi, aku cuba kuatkan hati. Maklumlah, hati seorang perempuan. Soalan macam ni agak sensitif tapi aku percaya rezeki yang Allah bagi kat aku. Mungkin, Allah nak aku dan suami betul-betul bersedia dari segala segi. Maksudnya dari segi mental, fizikal, kewangan dan macam-macam lagi. 

Bila period lewat, suami aku dah tersenyum-senyum. Aku tak berani nak bagi harapan pape pun kat dia. Aku kata jangan excited sangat nanti kita kecewa. Kita tunggu selepas beberapa hari. Dia pun ok. Hari yang keempat, kami ke kedai dobi nak basuh cadar. Kebetulan sebelah tu ada pharmacy. Suami aku diam-diam pergi farmasi tu beli kit pregnancy. aku tak boleh cakap apa lah kan. Dalam hati gusarnya hanya Allah je yang tahu. Takut pun ada nak cek.

16 Mac 2016 (Hari ke enam)
Sebelum subuh aku ke toilet sebab nak melepaskan hajat (tu pun nak bagitau.. ;p) so, aku terus buat ujian kehamilan guna kit yang suami aku beli. Ya Allah debarnya la hai. Apalah agaknya keputusannya. 

Bila aku try ;


Alhamdulillah positif... Double Line!!

Menangis semahu-mahunya aku masa tu. Happy tak terkata. Aku pun kejutkan senyum aku nak tunjuk kit result tu punya pasal. Suami aku senyum tapi sebab masa tu baru 4 pagi dia tido baliklah sebab mamai kan. Hari tu jugak aku ajak suami p klinik jumpa doktor. hehehe... 

The Day We Remember... anak ibu hadir ke dalam rahim ibu. selepas jumpa doktor, doktor sahkan aku hamil 4weeks.. yeay!!! Terima kasih Allah atas anugerah yang ternilai ini. 


*Cerita ni agak berlapuk dah tapi memandangkan baru nak ada mood menaip, so terhasil lah entry ni.