Kuala Lumpur Car Free Morning 2016

Seperti yang aku janjikan dari entry yang sebelum ni adalah berkenaan Kuala Lumpur Car Free Morning...aku dilahirkan di kolumpo , bersekolah di kolumpo , membesar di kolumpo , mengaji pun di kolumpo, kawan2 aku kebanyakannya di kolumpo tp sayang.......aku tak pernah naik beskal dalam kolumpo sepanjang hidup aku ni!!! hahahahaha paling kuat mengayuh dari rumah dkt setiawangsa ke keramat(sekolah rendah) xpun ke lembah keramat(menengah) lepas tu masuk skolah menengah setiawangsa sebab aku nakal..hahahaha xpun aku mengayuh ke pasar dato keramat sebab nak pg kedai sticker yg top dulu dkt dalam pasar dato keramat sebab nak beli sticker alien workshop nak tampal dkt beskal....sepanjang kl free car morning ni diadakan barulah ini kali pertamanya aku berpeluang mengayuh klfm...pepagi selepas subuh aku dah gerak dari ampang ke kawasan dataran merdeka pasal pikir parking situ senang...kalau korang nak senang parking la area klcc @ jalan ampang..tapi kena sampai sebelum pukul 7am, kalau lepas 7am korg mmg xkan dpt masuk.... Program KLFM ni hanya pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari jam 
7.00pagi -9.00pagi...dan berbagai2 aktiviti ada. Pelepasan adalah pada jam 7.00pagi. Laluan sejauh 7km sahaja(1 loop)..kalau korg rasa nak jauhkan jarak korg tu buat la berapa loop korg suka(aku buat 2loop je sebab kesian dkt bini aku dia complaint tayar dia kecik 20" mana sama laju nak mengejor aku 27.5") tapi sampai pukul 9am je la lepas tu kenderaan dah start masuk laluan ni kembali...

- Jadual Kuala Lumpur Free Car Morning 2016 -

Lepas je setel berkayuh dgn geng2 ECT (Everyone Cycling Team) kami pun diceritakan oleh pak aziz pasal roti canai special(roti kosong banjir+telor separuh masak 2 biji dalam 1pinggan juga ada dalam) area masjid india berdekatan dengan sungai...nyum2 tempting weh!!! apa lagi badan dah sikit penat lapo lak tu ye la mana sempat nak bfast bagai! mmg champion tmpat ni! tetiba terlior plak bila ingat.. sini bawah gambar juga ada kasi tgk kalau mahu guide saya kasi . Confirm la ramai geng2 beskal lepak sini lepas ride...

Bukan senang nak berhenti tengah2 jalan dkt kolumpo ni semata2 nak amik gambo..time KLFCM ni je la ngam...

Ni la sebahagian dari ECT , ECT ni ramai weh ahli dia....salah satu sebab kenapa aku suka join ECT ni pasal tak racist.hahaha tak kisah kau beskal apa, jenama apa, mahal ke murah ke, bujang ke kawin ke, eh!! hahahaha paling best la aku rasa sebab pelbagai peringkat umur ada!! Tp aku la yg paling muda.hahahaha


Ku bersyukur padamu Ya Allah kerna dikurniakan seorang isteri yang tiada gantinya...


Alhamdulillah tercapai juga salah satu hasrat aku nak bawa puan sue ni meronda2 kl berbeskal...insyallah ada rezeki lagi bersama la kita meronda2..skang dia dah start kene cuti! cuti apa?? hahaha tggu ya!! ish tak sabo aku!

Ni wife pak aziz kak lila...couple yang mmg aku respek mengayuh merata2!! terima kasih pak aziz kerana sudi ambil gambo kami ni ya!! ni otw nak p pekena roti canai spesel...


Hah ni ha map kalau korg nak pekena roti canai special masjid india.. next time mmg aku pg lagi weh!!



Geng-geng ECT yang sempoi tp kental!!


Alhamdulillah ku syukuri nikmat yang yang kau kurniakan Ya Allah...


Dinner celebrate birthday Pepey @ Mohd Daniel Hakim 05032016

Pagi tu aku dgn sue bertolak la dari Putrajaya ni ke rumah kakak aku dkt ampang pasal parents aku mengajak ke majlis perkahwinan anak kawan lama dia dkt Kem Wardieburn...sebab kan esoknya aku dgn sue akan berkayuh dalam Kolumpo buat pertama kalinya dalam hidup kami...walaupun aku dilahirkan dan dibesarkan di Kolumpo tapi tak pernah walaupun sekali aku berpeluang berbasikal dalam Kolumpo!!! Memula pening gak mikior mcm mana aku nak mengangkut beskal naik keta kami yang compact ni.... carrier belakang ada tp xnak la aku pakai kang tak pasal2 abang JPJ tahan ajak bersembang...ada 1 Mountain Bike(mtb) dan 1 Folding bike(foldie)...mcm mana aku nak mengangkut ni...setelah menggunakan kuasa tahap ketiga boboiboy petir berputarlah otak aku ini dengan geliganya!!! TADA!!!!! mcm ni aku buat...agak2 kalau ada kawan2 gerek yang pening nak mengangkut mcm mana buatlah mcm ni....insyallah muat punyalah!! 2 bicycle in 1 small compact car pun boleh! Tapi hati2lah dengan minyak gear kalau xnak kusyen kereta anda kotor. Kalau men offroad pandai la hangpa lapik ka apa ka...jgn la bengap sangat kang aku tabuh kang!!



Memandangkan esoknya 06032016 kami akan join berbasikal dengan geng2 ECT ( Everyone Cycling Team) KL Free Car Morning dekat KL(posting selepas ni aku ceritakan pasal KL Free Car Morning plak ye) , dan kebetulan parents aku plak berada dekat ampang kakak aku Izainurulinda ( kak lintah) pun mengambil peluang yang ada untuk celeb bday si Pepey anak buah kami ni dkt tah fudkot apa tah area ampang yang banyak kedai2 makan n pasaraya korea tu....  Alhamdulillah rezeki kami dia belanja makan malam tu...masing2 dok order western food bagai siap pizza arab lagi la apa la.... *mcm banyak je ko bayo masa tu kak*...moga2 makin murah rezeki kau ye kak..  :)



Salam perkenalan dari saya 2nd Author untuk blog ciksuejourney

Assalamualaikum dan pertamanya ini adalah posting pertama saya sebagai 2nd author untuk blog ciksuejourney....kenkadang boring dengan media sosial yang lain maka mencarilah alternatif lain untuk berkongsi cerita...karangan saya mungkin tak sama mcm isteri saya yang comel cik sue tu sebab ada waktunya penggunaan bahasa saya ni agak formal dan tak best pun oi nak baca! hahahahaha sebenarnya salah satu tujuan saya nak menulis ni untuk tatapan anak2,sedara2, cucu2 ke apa pun yang berkait rapat dimasa hadapan...agak rugi jika memori2 indah diabaikan tanpa dikongsikan...mungkin sekarang diorang tak berminat nak tahu tp akan datang percayalah mungkin masing2 akan mencari kisah2 kenangan bersama keluarga...Aku ni peminat bukan kolektor tegar toys/figura/starwars/beskal/offroad/kucing dan mcm2 lagi la...jadi kemungkinan apa yang akan ada dlm blog ni apa yang aku berkenan nak kongsi...ini keluarga tercinta kami!!!


KONVOI BERBASIKAL 1WP 28.2.2016

Salam semua. 

Agak excited juga nak join konvoi ni sebab santai-santai je. Tambah pulak xde Fee. Free je kan, memanglah best. ^^

Nak cerita panjang pasal checkpoint konvoi ni memang le aku tak reti. 
Jarak konvoi terbahagi kepada 2 bahagian- 10km dan 40km. Aku semestinya pilih 10km je sebab sedar diri tak berapa nak larat mengayuh kann. Umur dah masuk 3 series. training sekali je masa yg 13km aritu. Pergh siap training lagi tuuu. poyo je kan 

Kitaorang keluar rumah seawal 6.15pagi sebab nak arrange basikal masuk kereta abang ipar. pergi dengan 4x4 n MPV so senanglah nak angkut sebab basikal ada 7bijik. iols parking depan office aku kat presint 2, Then, dari presint 2 iols ride terus ke presint 3. Tak jauh pun, tak sampai 1 km kot. Sampai je kat Palace of Justice (Istana Kehakiman) Presint 3, kami terus ambil tempat. orang belum ramai lagi.

Happy sangat sebab adik beradik husband join sekali. Meriahlah sikit konvoi tu. 

Best gila udara time pagi ni. sejuk n fresh. Memandangkan pelepasan lambat lagi masing-masing berposing bagai la kan. macam-macam gaya. penuh hp dengan gambar. At last, 3, 4 bijik je masuk blog ;p


Kakak ipar dan family (kakak husband) semangat masing-masing nak mengayuh beli basikal n complete suit utk rider. 

abg ipar n isteri. Abg Long n family Mai jauh dari Ipoh semata2 nak mengayuh. Nampak comel je deme ngayuh Tandembike sbb kakak ipar tak berapa reti nak kayuh basikal. So, abg long nak galakkan kak miza mengayuh sekali pakai basikal ni lah. kiranya letak kaki je lah. hehe. kot2 la lepas ni terus pandai kayuh kan. good luck kak miza!!

Masih lagi menanti. lambat lagi kot. masa ni baru pukul 7 pagi. Minister pun xsampai lagi untuk acara perasmian. So, kita kena tunggu lah. keras kejung kat situ. Rasa nak terberak terkencing semua ada. macam nak pergi race pulak kan... poyo jr... 

Breakfast provided. Ada pisang, roti n drinking water. So, masing-masing takdelah kelaparan. Kalau aku memang takdelah nak makan sebelum bersukan, alamatnya time aku ride tu aku stop jap, aku park kejap basikal tepi jalan pastu masuklah mana2 semak n............melabo kan situ... blerrggg? ^___^

Selepas tamat acara perasmian oleh minister, dalam pukul 8.30pagi, kitaorang pun dilepaskan ke checkpoint yang telah ditetapkan. laluan 10km ni strait je, ada kona2 sikit pastu naik bukit tahap hazab. So far, aku tak delah sampai turun dari basikal sorong basikal sebab tak boleh nak naik bukit. ada juga yang tak larat, surrender stop tepi jalan. penat barangkali. Alhamdilillah dipermudahkan. 

walawei..serius benau muka teman. tengah kona kot masa ni. Macam biasa husband escot dari belakang. kot2 jadi benda yang tak patut. 

Tersengih encik husband. Selalu dia kata, asyik dia je yang snap gambo orang. Tapi gambo dia taakde pun. alololo.. 

Aku amik pict ni dari page kayuhan basikal 1wp. kredit to fotografer yang snap pict ni. tq so much. (kot2 la dia tengok gambo ni)

Muka kepenatan selepas berjaya menamatkan kayuhan 10km. tak terasa pulak 10km. macam dekat je. baru naik bukit sikit dah semput. aku tak dapat imagine yang mengayuh 40km tu. Macamanalah agaknya. dengar cerita laluannya lagi mencabar. huhu..


aku, husband and anak buah dia sampai finishing serentak.

Nah pingat penat lelah ko mengayuh ko dah dapat. amik dalam kotak je pingat ni. Tak payah naik podium bagai. 

bersepah2 pingat. yang tak mengayuh pun boleh dapat pingat. huh... mana aci!!!1

ex boss aku pun join gak. suka dengan dia ni sebab lawak dan sporting

Sponsor utama untuk makan tengahari. Burgerbyte by Zizang Razak n L.A. White Coffe Kopiko. sedap burger ni walaupun basic je. 

Lepak-lepak dengan kakmiza n aiman (anak buah)

Anti Sosial masing-masing ;p

Menunggu untuk cabutan bertuah. 

Letihnya menunggu. sampai terlentok2 ngantuk n penat masing-masing. 

Dalam pukul 12 tengahari baru announce nama pemenang cabutan bertuah. lamanya nak menunggu. masa announce peserta nak kena cek nombor plat sendiri kat notice board. bayangkanlah berapa ribu orang nak kena berasak-asak nak cek nombor masing-masing kat board. aku cek gitu-gitu je. lantaklah dapat ke tak. tak kuasa nak berhimpit2. Dengan panas teriknya. Matahari atas kepala kot. Husband ade ajak gak pergi cek. Aku dah start sakit kepala, mintak maaf sayangku, tak dapat nak teman pergi cek. 

Rezeki untuk cabutan bertuah tak berpihak pada iols. Husband kecewa gak sebab dia gigih menunggu. Takpelah, mungkin rezeki kita kat lain event nanti. 

Selesai event, iols balik semula ke office aku nak letak balik basikal kat kereta. sambil-sambil tu try tandembike abg long. bukan main seronok masing-masing. sakit kepala pun hilang. 

Syok wooo

IMage berlatarkan bangunan perbendaharaan Malaysia Putrajaya

Dalam pukul 1.30 kitaorang pun balik. tak larat dah. Balik rumah semua tumbang. 

First TIme Ride Jauh-jauh


Salam semua.. hampir setahun tinggalkan kejap blog ni. Macam-macam benda nak story tapi bizi sikit dengan kerja kat office and kat rumah. Almaklumlah, dah ada anak bulus 6 ekor, kenalah spent masa lebih sikit. ^___^ . Nak bersukan pun macam tak sempat je. At last, badan iols pun jadi berat and malas nak bergerak. huhu.. sampai bila uols.. Badan kita makin lama makin tua. Kena kasi gerak-gerak manja sikit. ewah.. pandai nak nasihat orang ye. Sendiri pun ke laut. hihi.. 

Husband aku memang dah lama minat nak berbasikal ni. Cuma lately baru ada kesempatan untuk berbasikal. Mula-mula berat gak nak follow, tapi ku turutkan jua demi mu wahai encik suami. hehe. 

First Ride, Checkpoint pertama kununnya. Masjid Putra. Sememangnya wanita memang sinonim dengan bergambar. Mujurnya encik suami memahami. hehe. .Walaupun tempat ni dah terlalu familiar untuk kitaorang ^^


Menikmati pemandangan ciptaan Allah. best sangat. bila uols naik basikal, tempat celah-celah ceruk semua korang akan lalu dan aku mengaku, sepanjang aku stay sini, aku tak pernah lalu tempat-tempat ni. *Jalan Presint 8*

Alhamdulillah naik basikal ni penat pun tak terasa sangat. Penat skit-sikit je time naik bukit. Kalau turun bukit or curam, angin dia... pergh.. best gila... 

Palace of Justice (Istana Kehakiman) Presint 3. 

So, untuk first ride ni, kami berjayalah juga buat 13.5km. speed tu jangan ditanya. slow je la. sebab bawak pun rilek je.