Salam semua.
Semalam punya cerita. Selepas balik kerja sharp terus ke Dpulze, Cyberjaya. Dating dengan husband (walaupun kerja satu bangunan nak dating jugak kan..hehe) rancangnya nak tengok wayang. Plan asal nak beli tiket online. Tapi memandangkan husband aku lupa password TGV dia, at last, kitaorang walk in beli tiket je ke sana.
settle beli tiket, jalan-jalan dulu sementara tunggu wayang start. ada beli makanan sikit (jeruk buah) untuk makan dalam wayang. Disebabkan makanan yang dijual kat tgv agak mahal, aku seludup la jugak makanan bawak masuk dalam wayang. wakakaka. (nak jimat punya pasal). Just beli air je la untuk hilangkan dahaga. beli Large size satu share minum berdua... (ohhh... sweet sangat)
beberapa hari yang lepas kitaorang layan "The Making of Pixels" kat tv. tu yang husband aku teringin sangat nak tengok movie 'PIXELS' ni. Macam best kata dia, ;p
memang tabiat kalau bergambar dia suka buat muka selebet macamtu.
posing depan wayang. Annoying je kan pakcik sebelah aku ni aku ajak selfie depan wayang. mana taknya, selfie pakai henpon dia.. hihihi...
Habis layan movie, layan game kat pusat game betul-betul sebelah TGV.
Tukar Cash = TOken dulu. satu token bersamaan RM1
Game ni memang favourite husband. Main Grab doll dalam machine. comel-comel je tengok doll kat dalam tu. 5x try nampaknye tak berjaya. sebab apa? aku rasa besi grab tu macam longgar je. Dah lah doll dalam tu susun padat2. memang susah lah nak grab. tipu tau. Tapi, husband aku ni suka je. dia enjoy betul dia mengadap bende alah ni. Kalau tak dapat dia akan kata bukan rezeki kita. (yelaaa...plz be positif)
Then, kitaorang keluar terus dari mall cari tempat makan kat luar :)
1 comment:
akk main game doll tu mmg x pernah dapat.nipu je...hihihi
Post a Comment