Dating @ Dpulze Cyberjaya


Salam semua..

Ni Baru kali kedua aku sampai Dpulze shopping centre kat Cyberjaya. Walaupun dekat je dengan Putrajaya,  Tak terasa pulak kaki ni nak melangkah ke sana. Tapi kali  ni husband teringin nak ke sana sebab dia tak pernah lagi sampai situ. Last aku pergi beberapa bulan yang lepas (masa tu bujang lagi). Then, kedai makan & kedai lain-lain banyak lagi tak buka. 

So, bila dah sampai kat sana, macam-macam ada dah. Cinema pun ada (TGV). kalau nak shopping barang dapur, Jaya Grocer pun ada jugak. (Dah masuk jalan-jalan kat dalam tu. Price barang dia agak mahal daripada price kat pasaraya biasa)Tempat makan tu banyak jugaklah choice. So, Tak usah pening kepala fikir nak makan apa.


Sambil-sambil berjalan, husband cakap teringin nak tengok wayang sebab dah tau kat situ ada panggung wayang. kebetulan husband memang ada member card TGV. Benefit kat TGV ni macam-macam. Tapi sebelum ni masalah jugak lah nak cari TGV sebab TGV terdekat kat area Mines Shoppping Centre Serdang. Takdelah jauh sangat tapi tak berapa rajin nak ke sana. So, layan GSC je lah kat Alamanda n ioi mall Putrajaya. :p (ok je pun..)

TGV Flyer 

So, selepas booked tiket, kitaorang cari tempat makan dulu sebab wayang start lambat. Nak kena tunggu dalam 2 jam . lupa pulak nak bagitahu, kitaorang layan Movie Hitman-Agent 47 (Best woo Movie ni... tahap terangkat montot kalau tengok action agent 47 tuh)

masih valid lagi kot kalau korang  nak layan movie ni kat wayang. 

So, kitaorang pilih tempat makan yang berdekatan. Stall Popilla Betul-betul terletak kat depan TGV. Takdelah jauh sangat and korang tak kelam kabut nak patah balik ke TGV lepas makan tu kan. 

image :  google

Aku order Set Burritos popi beef super with nachos creeme cheese and salsa. air Orange Coloda. 

Husband aku order Burger. Tapi aku tak ingat apa nama burger dia (Menu aku ingat pulak ye) Complicated nau bunyinye. ngeh3.

So, lepas makan kitaorang cau tengok wayang terus. So, tempat ni recommended untuk korang yang teringin nak makan ala mexican. aku suka betul dengan nachoz dia. sedap nak mam... hehe... 
ok la gais.... bubye...!!

No comments: