Assalammualaikum w.b.t
Selepas 2 minggu umat islam berpuasa, berlaku perkara yang aku rasakan sangat besar dalam hidup aku dan suami walaupun baru pertama kali merasainya. Aku disahkan keguguran setelah hamil 6 minggu tanpa aku sedari. Mungkin tempoh period aku tak regular tapi, mungkin juga atas sebab kesilapan aku sendiri, perkara tersebut berlaku.
Sepatutnya aku kena alert dalam bab-bab makan dan pergerakan, Almaklumlah baru-baru menikah. Tambahan pula kat office, aku kerap angkat barang-barang berat. Makan pun takde pantang. Main bedal je. Padahal kawan-kawan ada yang pesan awal-awal dengan aku, ada makanan yang aku tak boleh makan dan pemakanan memang kena kawal. Aku ni kan kaki bedal je kalau bab makanan. So, Makanan yang boleh memanaskan badan dan tajam contohnya durian, tebu, cuka harus dielakkan.
Kalau nak diceritakan macamana ianya berlaku memang panjang kisahnya. Takpelah, Biarlah tersimpan kemas dalam ingatan aku dan suami. Mujur suami aku ada di sisi. Kalau dia outstation, jenuh juga aku nak bawa diri and control emosi. Cuma, aku nak berpesan kepada kawan-kawan yang baru saje berkahwin, kalau nak cepat lekat, jagalah makan. Tapi, ada orang kata, kalau rahim kita kuat, Insyallah perkara tersebut takkan berlaku walau makan apa sekalipun. Namun, semuanya dengan kuasa Allah. Rezeki yang baik semua datang dariNya. Orang kata kalau nak rahim kita kuat, amalkan makan asid folic sejak zaman anak dara lagi. Insyallah......dengan izin-Nya.

Sungguhpun kami bersyukur dapat merasainya walau hanya seketika, Dah ditakdirkan khalifah kecil itu bertahan hanya untuk beberapa minggu sahaja. Allah... berat sungguh dugaanMu. Berat Cabaran yang kami lalui. Walaupun hanya sekejap, kami redha. Semoga ada rezeki lain buat kami. Sesungguhnya ada lagi insan yang lebih berat dan besar dugaannya berbanding dengan kami.
"Maafkan ibu sebab tak menyedari kehadiranmu sayang. T___T"
No comments:
Post a Comment