SCAN 2D/3D/4D DI POLIKLINIK TANJUNG PERDANA, PERAK


1 Ogos hari tu, aku balik kampung husband kat Ipoh. Tak merancang pun nak buat scan kat sana. Tapi, disebabkan husband aku ni rajin meng'google' dan membaca review kat page FB, dapatlah dia search tempat ni yang kebetulan memang dekat sangat dengan rumah in law aku kat area tambun. Kalau ikutkan nak buat kat area Putrajaya/Bangi je, tapi disebabkan harga kat situ berpatutan, husband aku suggest buat scan terus kat situ. So, Husband aku terus je set appoinment dengan klinik tu untuk tetapkan tarikh and masa. Terima kasih mylove (mmmuahh gituu)

Appoinment set dalam pukul 10 pagi di tempat yang dijanjikan. (image ; google)

(image : google)

Ruang klinik yang bersih dan selesa untuk pesakit yang berkunjung ke sini. (image : google)

Pakej pemeriksaan yang disediakan kat sana. Kalau kat area Putrajaya majoriti harga lebih RM200++. Alhamdulillah masih lagi ada harga yang berpatutan. Aku dan husband decided amik pakej Diamond. (image : google)

Memang agak nervous pada mulanya. Sebab terfikir-fikir macam-macam perkara. 
"Sempurna ke baby"
"Baby sihat ke tak"
"Macamana rupe baby"
"Kedudukan baby ok ke tak"
"Uri kat atas ke kat bawah"
"Air ketuban terlebih ke terkurang"
huh. banyak betul yang bermain-main dalam fikiran. Tapi soalan-soalan tu korang boleh lah tanya kat doktor. Dia boleh tolong cek and tolong jawab kemusykilan yang berada dalam fikiran korang. Memang sangat membantu. Doktor yang sangat mesra dan aku rasa dia sangat penyabar orangnya. Namanya doktor Nor Aiza. kami bersembang macam-macam. Dia siap story kisah dia bekerja kat HKL sampailah die berpindah ke Ipoh ni. Tak terasa kita ni mcm patient dia.

Pada mulanya buat scan 2D dulu untuk tengok saiz and berat baby. 

Scan 2D ni doktor tunjuk pertumbuhan tulang baby, paru2, lain2 organ, jantina, Air ketuban dan kedudukan uri. Jantina ambil masa sikit sebab baby kurang bagi kerjasama sebab malu sangat ni. hehe..

Scan 3D untuk lihat gambar baby lebih jelas dan 4D untuk pergerakan baby (Nanti klinik akan supply softcopy dalam bentuk DVD) Baby ibu malu sangat ni. Macam-macam dia buat masa scan tu. Mendongak le. toleh kiri le. sembunyi belakang kawan (uri). Puas doktor tolak-tolak perut ibu tau. awak malu ye. End up, nampak sebelah muka je. Nampak le sebelah mata, hidung ngan mulut. huhu. Takpelah, awak malu ye sebab ibu ngan abah sekodeng awak. Kesian anak ibu. hehe.  

Dekat sejam jugaklah nak sekodeng anak ibu ni. Walaupun pemalu, anak ibu aktif. Bukan main lagi dia tonjol2 perut ibu. marah ye.. :p

Settle je scan, doktor bekalkan aku ubat alergik sebab ada tumbuh ruam-ruam halus kat perut. Merenyam jangan cakaplah.. Rasa nak cakar-cakar je perut sebab gatal sangat2. Mujur ubat tu berkesan. Tapi tak boleh pakai kerap sangat sebab risau ada effect pulak kat baby (walaupun doktor cakap takde masalah nak sapu kat perut, aku tetap ada perasaan risau gak) sapu bila ade rasa gatal je. 

(image : google)

Softcopy pergerakan dan gambar baby (DVD) dan CD lagu Classical TUnes for Babies from the womb to the world juga dibekalkan

Waktu operasi klinik. Untuk booking boleh call terus no. kat atas. (image : google)

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. (image : google)

Peta lokasi (Image : google)
Boleh bayar thru debit/kredit card (image : google)






PERUT KECIL SEMASA HAMIL. BAHAYA TAK?

Lately rasa nak share tentang pregnancy. Hopefully takdelah yang boring. Huhu. Sebenarnya untuk peringatan diri dan share dengan sesiapa yang ada perasaan yang tak best macam aku ni. Kot2 lah akan datang aku terlupa. Then, kalau terbaca balik cerita ni mesti rasa macam tacing2 gituu.. :)

 Alhamdulillah, kandungan aku dah masuk 26 minggu (6 bulan). Kick baby kian terasa dan semakin aktif setiap pagi dan malam. Tak tahulah, baby buat akrobatik ke, kuak lentang ke kat dalam tu. Yang penting baby buat ibu dan abah happy sangat-sangat tau. Tergelak je tengok kalau ada bentuk-bentuk tertonjol-tonjol keluar. Tah hape agaknya anak ibu main kat dalam tu.huhu. Rasa macam tak percaya tapi baby dah ada kat dalam perut ibu. Lagi 3 bulan insyallah kita akan bersua ye sayang :)
Terima kasih kepada Allah sekali lagi atas anugerah yang terindah buat kami. 


Bila berita kandungan aku tersebar secara perlahan-lahan, ada yang excited sangat nak tengok perut aku. Macamanalah kalau sue ni berperut boyot. Tambah pulak aku ni tinggi dan kurus. So, masing-masing tak boleh nak imagine sebab masa mula-mula kahwin, tinggi aku 169cm & berat pulak 53kg. Rata-rata ada yang menegur 

"Eh keciknya perut"
"Eh mana perut ko tak nampak pun"
"Macam tak pregnant je ko ni"
"Perut kecik takkan tak larat dah"

See.. Kalau korang kecik hati tak? Jujur mengatakan aku kecik hati jugaklah sebab ada yang mempertikaikan saiz perut aku ni. Tapi, aku bersyukur sangat-sangat sebab setiap bulan aku pergi routine check-up kat Klinik Kesihatan (KK), so far, Doktor kata condition baby n denyutan jantung baby pun ok. Ada nurse cakap "Ala-ala comelnya perut. Tapi yelah orangnya pun kurus kecik (kecik ke....)" Sedap sikitlah kalau dengar ayat cakap macamtu, takdelah hemak ni sentap (wakakaka...tu pun nak sentap)
Baru-baru ni adalah buat scan baby kat private sebab kita nak tau keadaan baby lebih detail. Alhamdulillah, denyutan jantung, paru-paru, pertumbuhan tulang, cukup organ, cukup jari tangan dan kaki, mata, hidung, telinga semua nampak. Huhuhu. Rasa nak menangis. Husband aku lah yang paling excited, nampak air mata dia bergenang. Happy tak terkata. Alhamdulillah. Berat badan dan saiz baby pun takde masalah. Rasa nak melompat je masa tu. Haih.. over naa mak ko ni baby. Yang penting baby sihat. Gender pun dah tau, Abah le yang paling happy. Lebar betol sengih. Ibu tak kisah yang penting anak ibu sihat walafiat. tu je :)

Risau sangat dengan saiz perut aku yang kecik ni aku tanya doktor, doktor cakap jangan risau, nanti  masuk 7 bulan besarlah baby tu. Yang penting, jaga pemakanan. Baby dan ibu kena cukup nutrien. Alhamdulillah aku takde sebarang masalah tentang pemakanan. Semua aku bedal. Cuma makanan yang tajam dan panas aku tak sentuh. Takut! sebab aku termasuk dalam golongan yang berisiko sebab pernah miscarriage sebelum ni. Ubat yang doktor bekalkan jangan skip makan. (Macam aku doktor bagi obimin dan iron). Makan je apa nak makan untuk tumbesaran baby. Risau gak makan tak terkawal ni sebab aku rasa badan makin berat (bulan ni naik 2.5kg...OMG) Nasib baik nurse tak bising. ngeeeeee

  
Iron Tablets dan New Obimin

Lately, aku gila teh tarik sedangkan sebelum ni aku jarang-jarang order teh tarik kalau makan kat luar. Sampaikan husband aku pun pelik. Sebab selalu aku order air lain. Rasa lega sangat kalau lepas minum. hehehe.. oklah kan. bukan ngidam yang bukan-bukan pun. Ibu tak salahkan baby tau.. memang ibu yang nak minum. Baby dok diam-diam je dalam tu. So far, buah jangan cakaplah. Memang hantu sangat. Kena pastikan stok buah sentiasa ada dalam peti sejuk. Susu pun so far aku bedal tak kiralah susu tepung ke, susu kotak ke janji susu. 

Sekarang ni tengah fasa nak memikir nama. Pening gak kepala fikir. Apelah nama nak letak. Buat list dulu. Search kat internet selagi boleh. Kita jumpa 3 bulan lagi ye sayang. 

So, ibu-ibu kat luar sana yang risau saiz perut kecik jangan risau. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Yang penting dapatkan nasihat doktor kalau was-was. Jangan dengar sangat cakap orang. Kalau nak dengar cakap-cakap orang memang sendiri yang merana sebab asyik bersedih je. Kesian baby dalam perut tu.

Just enjoy the moment with someone inside ur tummy. :)