#Latepost : HOTEL CATHAYANA, KUANTAN

Salam semua..

Cerita ni sebenarnya dah lama tapi nak post jugak lah kan..
Jalan-jalan dulu di sekitar Teluk Cempedak alang-alang dah sampai bandar Kuantan. Sesiapa yang dah sampai Kuantan ni kalau tak ke TC memang tak sah lah kan. Teringat insiden monyet rampas aiskrim calong aku masa aku tengah meniti jambatan kecik kat tepi pantai TC. kuangajo betul. Beriya aku sorokkan dari monyet yang belah-belah depan, end up kene rampas pulak monyet yang kat belah belakang. siut je. Takpelah monyet, rezeki ko.

So, pada sesiapa yang nak ke sini, berhati-hati lah ye. simpan makanan anda kat tempat yang sepatutnya. huhu. Melainkan kalau korang jenis pemurah menayang makanan kat monyet2 tu. Memang kene kenduri le jawabnya.

Sampai je Bandar kuantan, macam biasa kitaorang walk in cari hotel tanpa booking terlebih awal. kira gembel je lah kan. kalau takda hotel yang gempak-gempak, hotel cap ayam pun ok. Janji kitaorang dapat tido.

So, kitaorang menginap kat Hotel ni. Hotel Cathayana betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Hotel ni baru buka dalam 2 tahun, So, harga masih lagi berpatutan. Facilities pun tak banyak lagi.

Lobi hotel Cathayana. Sebelah kanan tu macam kafe juga lah. memandangkan hotel ni baru lagi, makanan disediakan oleh catering. tapi, kami rasa ok je sebab pakej yang kitaorang pilih ni disediakan sarapan pagi. (Rate tak ingat. tapi bawah RM200)

Ok. husband dah start menggedik.. see.... -___-'

Review dalam hotel yang agak luas. Katil besaq, tv pun ada.  

Yang penting, ada meja study. husband aku dah cop awal-awal dah. tu port dia recoil and post moterm vape dia. 

Meja ni penuh saje dengan barang dia. 

Kusyuk sangat kan dia mengadap.

toilettries disediakan 

posing sikit depan cermin. toilet pun jadik ^___^

separator antara sinki dan shower cermin je kau. huh.. kalau laki bini takpe. takdelah rase janggal sangat kan.-__^ 
Kalau segan pintu ada ;p

iron, iron board and fridge pun ada. 

Sekitar pemandangan Bandar Kuantan. 

#MOVIE : PIXEL

Salam semua. 

Semalam punya cerita. Selepas balik kerja sharp terus ke Dpulze, Cyberjaya. Dating dengan husband (walaupun kerja satu bangunan nak dating jugak kan..hehe) rancangnya nak tengok wayang. Plan asal nak beli tiket online. Tapi memandangkan husband aku lupa password TGV dia, at last, kitaorang walk in beli tiket je  ke sana. 

settle beli tiket, jalan-jalan dulu sementara tunggu wayang start. ada beli makanan sikit (jeruk buah) untuk makan dalam wayang. Disebabkan makanan yang dijual kat tgv agak mahal, aku seludup la jugak makanan bawak masuk dalam wayang. wakakaka. (nak jimat punya pasal). Just beli air je la untuk hilangkan dahaga. beli Large size satu share minum berdua... (ohhh... sweet sangat)

beberapa hari yang lepas kitaorang layan "The Making of Pixels" kat tv. tu yang husband aku teringin sangat nak tengok movie 'PIXELS' ni. Macam best kata dia, ;p


memang tabiat kalau bergambar dia suka buat muka selebet macamtu.

posing depan wayang. Annoying je kan pakcik sebelah aku ni aku ajak selfie depan wayang. mana taknya, selfie pakai henpon dia.. hihihi...

Habis layan movie, layan game kat pusat game betul-betul sebelah TGV. 

Tukar Cash = TOken dulu. satu token bersamaan RM1


Game ni memang favourite husband. Main Grab doll dalam machine. comel-comel je tengok doll kat dalam tu. 5x try nampaknye tak berjaya. sebab apa? aku rasa besi grab tu macam longgar je. Dah lah doll dalam tu susun padat2. memang susah lah nak grab. tipu tau. Tapi, husband aku ni suka je. dia enjoy betul dia mengadap  bende alah ni. Kalau tak dapat dia akan kata bukan rezeki kita. (yelaaa...plz be positif)

Then, kitaorang keluar terus dari mall  cari tempat makan kat luar :)