Agak terlewat juga aku post cerita raya. Dah nak abis raya pun. Tapi takpelah. Hopefully aku tak terlewat nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua pembaca tegar blog yang aktif mahupun tak berapa aktif.
So, macamana perjalanan hari raya korang? mestilah banyak cerita dan meriah kan. Termasuklah aku. Tahun ni turn beraya di kampung halaman sendiri di Pontian, Johor.
#ImVillagePeople suasana dan ketenangan yang sentiasa aku rindukan setiap hari termasuk seisi rumahnya. T___T
#AktivitiMalamRaya main bunga api dengan anak buah. Aku rasa makcik pakcik lagi excited dari anak buah. Anak buah yang sulung, Emil boleh lagi main bunga api. Tapi. bila bakar mercun je, lari tutup telinga masuk dalam rumah jerit "Allahuakbar" marah-marah kat abah dia sebab bakar mercun. Rasa nak gelak ada, kesian pun ada. Tapi kira ok lagi berbanding adik dia yang kedua, Wardah, mercun pop-pop yang baling2 pun takut nak main. ape lagi bunga api. Sampai kesudah yang tua2 nilah yang perabis bunga api n mercun yang ada. hahaha.
:
;
;
;
;
1 Syawal
Pagi 1 syawal, selepas sembahyang raya, kami sekeluarga berkumpul semeja untuk makan juadah yang dimasak oleh mak sebelum berkumpul untuk bersalaman dan menziarahi sanak-saudara. Menu masakan mak memang superb. Cuma tahun ni tak merasa kuah kacang sebab mak aku dah terlalu penat menyiapkan order kuih benji-roll nya. So, yang ada kuah lodeh, sambal goreng jawa, ketupat bawang (Anyam sendiri) dan rendang daging (Gambar takda...yang penting aku ngappp).
Semestinya, mak dan abahlah orang yang paling excited sebab semua anak menantu dan cucu berumpul tahun ni. Alhamdulillah. Kami seronok tengok mak dan abah happy senyum sampai telinga. Tahun ni mak dan abah pilih baju warna purple sedondon (Banyak cerita disebalik pilih baju raya ni)
Selfie guna Hp adik aku. kelabu asap jadinya.
Pun kelabu juga. Takpelah, janji gambar clear
Yang kanan tu kakak sulung aku, Faulina dan anak buah yang ketiga, Firash. Sebelah aku tu kakak aku yang kedua, Noleq.
Anak buah yang bulat n selalu buat aku geram, Muhammad Firash Idrian. Sentiasa tersenyum. Yang penting aku suka usik dia. Sebab dia suka sengih. Miss u firassshhhh!!
Aku dan suami pun pilih warna yang sama macam mak dan abah.
Bersalaman di pagi raya. Nak gelak ada, nak nangis pun ada. Malu-malu la pulak kan. Sebab adik aku yang snap gambo ni, so segan lah sikit. huhu.
Family kakak kedua aku. Norliana nama dia. tapi aku panggil nolek je. Kalau orang jawa memang macamni. Panggil nama je kalau beza setahun dua. Tapi kalau beza banyak tahun, pangkal tu kenalah ada title "kak" kan. Aku dengan kakak aku ni beza setahun je. So, kalau sembang tu memang kasar sikitlah. Tapi masih lagi ada rasa hormat tau.
Warna muka dah sama kaler dengan kaler tudung. Flash kuat sangat ni :p
Selepas bersalaman sesama keluarga, kami pergi beraya rumah nenek sebelah abah kat sebelah rumah aku je. Memang dah jadi kebiasaan setiap kali bulan syawal, kami akan buat perkara yang sama. Gambar takda. Leka bersembang dengan sepupu sampai terlupa nak tangkap gambar.
lepas beraya rumah nenek sebelah abah, kami balik kampung nenek sebelah mak pulak (Kami panggil Nyai). Atuk (Yai') meninggal 2 hari sebelum puasa tahun ni.So, suasana memang lain sikitlah sebab arwah dah takda. Jarak dari rumah ke sana tak jauh pun. Kalau tak raya 10-15minit boleh sampai. Tapi sebab musim raya, banyak kereta kat jalan, panjang sikit perjalanannya.
Bersama sepupu dan makcik sebelah mak. Umur kami lebih kurang je. Orang pun tak boleh beza sangat mana satu makcik, mana satu anak buah.
Walaupun pagi tu, kitaorang dah makan kat rumah. Biasanya sampai kat rumah nyai, kami makan utk 2nd round walaupun perut dah kenyang. Juadah banyak sikit sebab makcik pakcik bawak dari rumah masing-masing.
Makcik dan pakcik ku yang sentiasa ceria.
Sembang tak sudah. Ada je yang disembangkan
Biasanya kami tak tido rumah nyai kalau time hari raya ni sebab rumah penuh dengan sepupu, makcik pakcik yang duduk luar dari johor. Tambah pulak kitaorang duduk dekat je, senang nak berulang alik ke rumah nyai.
Laki aku test wat shooting maternity. location? depan rumah aku je. huhu.. Perut comel lagi. Masa ni baru masuk 5 bulan. Saje menggedik kan... hehehe.. Mengada..
No comments:
Post a Comment