Salam semua..
Lunch tengahari ni makan dekat kawasan office je. Dah lama teringin nak makan kat sini. Bertangguh-tangguh sampai ke terlupa niat nak makan kat sini. End up, dapat juga makan. Sebab member ofis ajak. Tapi kena bayar sendiri la.hehe.
Member aku cakap colour kedai ni macam kat oversea. sebab colour kuning. (keliru skejap....)
ade juga buat ayat keep calm-o-matic kat depan kedai
susun atur kedai makan yang luas, kerusi meja makan pun banyak. so, korang pun tak berebut nak duduk kan. Menu pun banyak pilihan.
Kami punya 'pancingan' tengahari tadi
plate presentation aku memang out abis. ok. harga agak tercekik la. RM15 termasuk air. aku order limau suam. maybe sebab harga patin mahal. Size patin pun agak besar. So, lepas ni kalau korang nak makan, share berdua dengan kawan pun ok. Rasanya boleh tahan juga.
Kamera ku agak berjerebu. huhu
Tempat : D'Patin MZ Cafe, Presint 18 (terletak di belakang Court Futsal 1 Malaysia Presint 18)
Masa buka : 8pagi - 11malam (Isnin - Jumaat)
Hari Minggu tutup
ok. sesiapa nak cuba masakan 1 Malaysia boleh lah datang kat sini.
1 comment:
em....dapnye...
Post a Comment