#Latepost : HOTEL CATHAYANA, KUANTAN

Salam semua..

Cerita ni sebenarnya dah lama tapi nak post jugak lah kan..
Jalan-jalan dulu di sekitar Teluk Cempedak alang-alang dah sampai bandar Kuantan. Sesiapa yang dah sampai Kuantan ni kalau tak ke TC memang tak sah lah kan. Teringat insiden monyet rampas aiskrim calong aku masa aku tengah meniti jambatan kecik kat tepi pantai TC. kuangajo betul. Beriya aku sorokkan dari monyet yang belah-belah depan, end up kene rampas pulak monyet yang kat belah belakang. siut je. Takpelah monyet, rezeki ko.

So, pada sesiapa yang nak ke sini, berhati-hati lah ye. simpan makanan anda kat tempat yang sepatutnya. huhu. Melainkan kalau korang jenis pemurah menayang makanan kat monyet2 tu. Memang kene kenduri le jawabnya.

Sampai je Bandar kuantan, macam biasa kitaorang walk in cari hotel tanpa booking terlebih awal. kira gembel je lah kan. kalau takda hotel yang gempak-gempak, hotel cap ayam pun ok. Janji kitaorang dapat tido.

So, kitaorang menginap kat Hotel ni. Hotel Cathayana betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Hotel ni baru buka dalam 2 tahun, So, harga masih lagi berpatutan. Facilities pun tak banyak lagi.

Lobi hotel Cathayana. Sebelah kanan tu macam kafe juga lah. memandangkan hotel ni baru lagi, makanan disediakan oleh catering. tapi, kami rasa ok je sebab pakej yang kitaorang pilih ni disediakan sarapan pagi. (Rate tak ingat. tapi bawah RM200)

Ok. husband dah start menggedik.. see.... -___-'

Review dalam hotel yang agak luas. Katil besaq, tv pun ada.  

Yang penting, ada meja study. husband aku dah cop awal-awal dah. tu port dia recoil and post moterm vape dia. 

Meja ni penuh saje dengan barang dia. 

Kusyuk sangat kan dia mengadap.

toilettries disediakan 

posing sikit depan cermin. toilet pun jadik ^___^

separator antara sinki dan shower cermin je kau. huh.. kalau laki bini takpe. takdelah rase janggal sangat kan.-__^ 
Kalau segan pintu ada ;p

iron, iron board and fridge pun ada. 

Sekitar pemandangan Bandar Kuantan. 

#MOVIE : PIXEL

Salam semua. 

Semalam punya cerita. Selepas balik kerja sharp terus ke Dpulze, Cyberjaya. Dating dengan husband (walaupun kerja satu bangunan nak dating jugak kan..hehe) rancangnya nak tengok wayang. Plan asal nak beli tiket online. Tapi memandangkan husband aku lupa password TGV dia, at last, kitaorang walk in beli tiket je  ke sana. 

settle beli tiket, jalan-jalan dulu sementara tunggu wayang start. ada beli makanan sikit (jeruk buah) untuk makan dalam wayang. Disebabkan makanan yang dijual kat tgv agak mahal, aku seludup la jugak makanan bawak masuk dalam wayang. wakakaka. (nak jimat punya pasal). Just beli air je la untuk hilangkan dahaga. beli Large size satu share minum berdua... (ohhh... sweet sangat)

beberapa hari yang lepas kitaorang layan "The Making of Pixels" kat tv. tu yang husband aku teringin sangat nak tengok movie 'PIXELS' ni. Macam best kata dia, ;p


memang tabiat kalau bergambar dia suka buat muka selebet macamtu.

posing depan wayang. Annoying je kan pakcik sebelah aku ni aku ajak selfie depan wayang. mana taknya, selfie pakai henpon dia.. hihihi...

Habis layan movie, layan game kat pusat game betul-betul sebelah TGV. 

Tukar Cash = TOken dulu. satu token bersamaan RM1


Game ni memang favourite husband. Main Grab doll dalam machine. comel-comel je tengok doll kat dalam tu. 5x try nampaknye tak berjaya. sebab apa? aku rasa besi grab tu macam longgar je. Dah lah doll dalam tu susun padat2. memang susah lah nak grab. tipu tau. Tapi, husband aku ni suka je. dia enjoy betul dia mengadap  bende alah ni. Kalau tak dapat dia akan kata bukan rezeki kita. (yelaaa...plz be positif)

Then, kitaorang keluar terus dari mall  cari tempat makan kat luar :)



#THROWBACK : Teringin Travel


Salam... 


Nak bagitau lama tak pergi travel jauh-jauh. Ada faktor yang tak mengizinkan. So, sekarang ni baru terasa nak berjalan balik. hehe... 

Bila tengok gambar ni tetibe rasa rindu nak berjalan. 

meluap-luap ^___^


bila tu? tungguuuuuuu........





#Latepost : Choleq Jalan Reko, Kajang

Salam semua.

Entry ni dah berkurun, baru sempat nak masuk dalam blog. Agenda utamanya, En Ezwan nak mencari barang vape kat area Jalan Reko ni. So, dah alang-alang kat situ, en ezwan suggest lah nak makan kat situ. Ni kes nak mancing binik lah kan sebab nak  p tempat favourite dia (kedai vape apa tah namanya.. lupa) Alhamdulillah.. dah lama sangat teringin nak makan kat sini, akhirnya dapat gak makan kat sini (kesan terpengaruh tengok gambo kat fb member)

Whatever, kenalah mengisi perut dulu. Kalau dah masuk kedai vape tu, memang tak ingat nak makan dah. So, sebelum binik mengamuk kenalah pujuk perut binik dulu yang kuat mentekedarah ni kan. hehehe.. (ampun husband!!!)

Location : berdekatan dengan Econsave Jalan Reko, Kajang

Choleq ayam cherang

Disebabkan risau makan tak habis, Kitaorang order 2 menu je.  Choleq ayam cherang dengan Nasi Kak Wook. Nasi kak wook aku dan en ezwan bahagi 2 then request makan kat pinggan. asalnya dalam bungkusan macam kat atas tu. Then, Makan berlaukkan Choleq ayam cherang.

Nasi Kak wook lebih kurang macam nasi kukus konsepnya (Takde gambar) Pada aku, biasa-biasa je lah rasa menu yang aku order ni. Kena rasa menu lain pulak kalau nak tau sedap ke tak sedap. Kadang-kadang tekak manusia ni lain-lain. ada yang kata ok, ada yang kata tak ok. So, kalau nak confirmkan rasa dia, korang kenalah try sendiri.kbai!

Dating @ Dpulze Cyberjaya


Salam semua..

Ni Baru kali kedua aku sampai Dpulze shopping centre kat Cyberjaya. Walaupun dekat je dengan Putrajaya,  Tak terasa pulak kaki ni nak melangkah ke sana. Tapi kali  ni husband teringin nak ke sana sebab dia tak pernah lagi sampai situ. Last aku pergi beberapa bulan yang lepas (masa tu bujang lagi). Then, kedai makan & kedai lain-lain banyak lagi tak buka. 

So, bila dah sampai kat sana, macam-macam ada dah. Cinema pun ada (TGV). kalau nak shopping barang dapur, Jaya Grocer pun ada jugak. (Dah masuk jalan-jalan kat dalam tu. Price barang dia agak mahal daripada price kat pasaraya biasa)Tempat makan tu banyak jugaklah choice. So, Tak usah pening kepala fikir nak makan apa.


Sambil-sambil berjalan, husband cakap teringin nak tengok wayang sebab dah tau kat situ ada panggung wayang. kebetulan husband memang ada member card TGV. Benefit kat TGV ni macam-macam. Tapi sebelum ni masalah jugak lah nak cari TGV sebab TGV terdekat kat area Mines Shoppping Centre Serdang. Takdelah jauh sangat tapi tak berapa rajin nak ke sana. So, layan GSC je lah kat Alamanda n ioi mall Putrajaya. :p (ok je pun..)

TGV Flyer 

So, selepas booked tiket, kitaorang cari tempat makan dulu sebab wayang start lambat. Nak kena tunggu dalam 2 jam . lupa pulak nak bagitahu, kitaorang layan Movie Hitman-Agent 47 (Best woo Movie ni... tahap terangkat montot kalau tengok action agent 47 tuh)

masih valid lagi kot kalau korang  nak layan movie ni kat wayang. 

So, kitaorang pilih tempat makan yang berdekatan. Stall Popilla Betul-betul terletak kat depan TGV. Takdelah jauh sangat and korang tak kelam kabut nak patah balik ke TGV lepas makan tu kan. 

image :  google

Aku order Set Burritos popi beef super with nachos creeme cheese and salsa. air Orange Coloda. 

Husband aku order Burger. Tapi aku tak ingat apa nama burger dia (Menu aku ingat pulak ye) Complicated nau bunyinye. ngeh3.

So, lepas makan kitaorang cau tengok wayang terus. So, tempat ni recommended untuk korang yang teringin nak makan ala mexican. aku suka betul dengan nachoz dia. sedap nak mam... hehe... 
ok la gais.... bubye...!!