DUGAAN.....

Assalammualaikum w.b.t

Selepas 2 minggu umat islam berpuasa, berlaku perkara yang aku rasakan sangat besar dalam hidup aku dan suami walaupun baru pertama kali merasainya. Aku disahkan keguguran setelah hamil 6 minggu tanpa aku sedari. Mungkin tempoh period aku tak regular tapi, mungkin juga atas sebab kesilapan aku sendiri, perkara tersebut berlaku.

Sepatutnya aku kena alert dalam bab-bab makan dan pergerakan, Almaklumlah baru-baru menikah. Tambahan pula kat office, aku kerap angkat barang-barang berat. Makan pun takde pantang. Main bedal je. Padahal kawan-kawan ada yang pesan awal-awal dengan aku, ada makanan yang aku  tak boleh makan dan pemakanan memang kena kawal. Aku ni kan kaki bedal je kalau bab makanan. So, Makanan yang boleh memanaskan badan dan tajam contohnya durian, tebu, cuka harus dielakkan.

Kalau nak diceritakan macamana ianya berlaku memang panjang kisahnya. Takpelah, Biarlah tersimpan kemas dalam ingatan aku dan suami. Mujur suami aku ada di sisi. Kalau dia outstation, jenuh juga aku nak bawa diri and control emosi. Cuma, aku nak berpesan kepada kawan-kawan yang baru saje berkahwin, kalau nak cepat lekat, jagalah makan. Tapi, ada orang kata, kalau rahim kita kuat, Insyallah perkara tersebut takkan berlaku walau makan apa sekalipun. Namun, semuanya dengan kuasa Allah. Rezeki yang baik semua datang dariNya. Orang kata kalau nak rahim kita kuat, amalkan makan asid folic sejak zaman anak dara lagi. Insyallah......dengan izin-Nya.


Sungguhpun kami bersyukur dapat merasainya walau hanya seketika, Dah ditakdirkan khalifah kecil itu bertahan hanya untuk beberapa minggu sahaja. Allah... berat sungguh dugaanMu. Berat Cabaran yang kami lalui. Walaupun hanya sekejap, kami redha. Semoga ada rezeki lain buat kami. Sesungguhnya ada lagi insan yang lebih berat dan besar dugaannya berbanding dengan kami. 

"Maafkan ibu sebab tak  menyedari kehadiranmu sayang. T___T"

WARUNG AWANG IKAN BAKAR, CHERATING

Salam... 

Post ni sambungan daripada cerita aku ke Cherating. Boleh pulak ye aku skip cerita ni then masukkan cerita yang latest dulu. hehe.. ikut suka hati aku je kan. ;p

ok. nak cerita, masa malam kedua aku kat cherating, macam biasa sebelum ke tempat ni, aku google dulu kat internet "Restoren Ikan Bakar terbaik di cherating". Kebanyakkannya suggest tempat ni. Kalau ikutkan hati, nak je kitaorang malam tu ke Tanjung Lumpur, Kuantan. Kat sana memang banyak gila choice. Tapi kan, Bila check kat GPS, jarak nak ke sana makan masa 45minit (Lebih kurang 40km) err... lupakan je lah. silap2, kitaorang balik sini, boleh lapar balik ;p (dah le aku kuat makan).

signboard ada shortform, W.A.I.B.

macam biasa, snap dulu sebelum makan ^_____^

Sotong goreng tepung in da hauz... dap..dap..dap... rangup! yg ni kitaorang order sekor je. risau banyak2 kang tak habis pulak. makan berdua je kan 

Udang masak sambal. Yang ni boleh tahan lah, simple but nice. 

kangkung goreng belacan utk seorang makan. 

air lycee and nescafe ais penghilang dahaga :)

ikan pari bakar. ikan ni murah sikit and yang penting favourite incik ezwan. so, ikut je selera dia. 

Muka malas nak mekap. hehehe. malam2 nak bagi siapa tengok kan. sempoi2 sudah le. ok now dah kenyang. balik hotel, kita tidooo....(yo la tu tido....)

Bila sampai hotel, kitaorang lepak dulu kat lobi hotel menikmati keindahan malam sampai kaki aku digigit2 nyamuk. tempat tu agak suram dan sunyi, tapi, membangkitkan mood romantik ;p poyo

Tepi tu ada kolam (tak boleh buat berenang pun) just hiasan je. dulu visitor boleh masuk sampai ke gazebo. sekarang "NO ENtry" pulak. Tak tahu lah kenapa. kayu dah reput ke, ade orang terjun kolam ke. Wallahualam.

Sekejap le lepak-lepak kat bawah ni. Aku ni pantang kekenyangan sikit. kenyang je, memang confirm akan ngantuk. abi!! jom kita balik bilik. ngantuk!!!!!