BARANG MURAH TAK SEMESTINYA TAK BERKUALITI

 Assalammualaikum w.b.t.

Monday blues!!! Mata sangat mengantuk. Demi negara tercinta terpaksalah buntangkan biji mata tengok pc, buka fail. tu lah rutin aku setiap hari. fail..fail..fail.. rasa nak muntah pun ada. agak2 aku pengsan kat celahan fail tu taulah sebab apa (stress sangat berkerja konon2nya)

  
Ape motif aku letak gambar Stesyen ERL kat atas? hahahaha..

cerita semalam ni. ala2 throwback juga lah kan. Ceritenye nak pergi wedding  kat Gombak (sebenarnya teman kawan je pun) member tak sempat nak ambil aku sebab dia duduk ampang. macam jauh lah pulak nak ambil aku kat putrajaya ni. agak jauh jugak lah sebab macam kena patah balik. so, aku decide ke KL naik ERL ni (kalau tak tau ERL apa, search kat google).Semalam pun aku terlepas jamuan Raya blok kuarters aku... ish3... takde rezeki nampaknya nak merasa lauk yang best2 tu...

Time Otw ke Gombak tu, singgah dulu kedai kat area sentul. kedai barang-barang murah (Actually, aku lupa apa nama kedai tu..hehe..yang penting dekat dengan pasar sentul n stesyen LRT sentul timur). Barang kat situ memang totally murah2. agak berpinar2 mata aku masuk kedai tu. juling air sekejap. macam jakun pun ada. aku sebatlah beberapa bijik barang yang entah pape (berguna jugak). 

 
Gelas ni aku beli RM2 sebijik. saiz 15cm. kacanya tebal, dok belek2 tengok takde rosak n cacat cela. kire elok jugak lah.. tapi, Made In China punya lah.. Insyallah ok kot :)

 
 Sepit ni kalau kat pasar2 malam or pasaraya maybe dalam RM3-4 satu. tapi kat sini RM1 untuk setiap 1. kira ok jugak lah kan. so, sebatkan jugak lah.

 
Besin ni RM2 je. besar jugaklah.. 

Tisu ni pun aku sebat juga. RM2.. hehe.. kualiti tisu kat kedai ni sama je lembutnya dengan tisu kat pasaraya. 

Kalau ikutkan nak je beli barang lain.. Rambang gila mata. tahan sikit nafsu. total semua barang yang aku beli RM20. sebelum nak beli barang tu kena fikir penting ke tak penting. kalau tak, tak pasal-pasal rumah ko penuh dengan barang yang entah ape2..buat semak samun je kan... :)

No comments: