BARANG MURAH TAK SEMESTINYA TAK BERKUALITI

 Assalammualaikum w.b.t.

Monday blues!!! Mata sangat mengantuk. Demi negara tercinta terpaksalah buntangkan biji mata tengok pc, buka fail. tu lah rutin aku setiap hari. fail..fail..fail.. rasa nak muntah pun ada. agak2 aku pengsan kat celahan fail tu taulah sebab apa (stress sangat berkerja konon2nya)

  
Ape motif aku letak gambar Stesyen ERL kat atas? hahahaha..

cerita semalam ni. ala2 throwback juga lah kan. Ceritenye nak pergi wedding  kat Gombak (sebenarnya teman kawan je pun) member tak sempat nak ambil aku sebab dia duduk ampang. macam jauh lah pulak nak ambil aku kat putrajaya ni. agak jauh jugak lah sebab macam kena patah balik. so, aku decide ke KL naik ERL ni (kalau tak tau ERL apa, search kat google).Semalam pun aku terlepas jamuan Raya blok kuarters aku... ish3... takde rezeki nampaknya nak merasa lauk yang best2 tu...

Time Otw ke Gombak tu, singgah dulu kedai kat area sentul. kedai barang-barang murah (Actually, aku lupa apa nama kedai tu..hehe..yang penting dekat dengan pasar sentul n stesyen LRT sentul timur). Barang kat situ memang totally murah2. agak berpinar2 mata aku masuk kedai tu. juling air sekejap. macam jakun pun ada. aku sebatlah beberapa bijik barang yang entah pape (berguna jugak). 

 
Gelas ni aku beli RM2 sebijik. saiz 15cm. kacanya tebal, dok belek2 tengok takde rosak n cacat cela. kire elok jugak lah.. tapi, Made In China punya lah.. Insyallah ok kot :)

 
 Sepit ni kalau kat pasar2 malam or pasaraya maybe dalam RM3-4 satu. tapi kat sini RM1 untuk setiap 1. kira ok jugak lah kan. so, sebatkan jugak lah.

 
Besin ni RM2 je. besar jugaklah.. 

Tisu ni pun aku sebat juga. RM2.. hehe.. kualiti tisu kat kedai ni sama je lembutnya dengan tisu kat pasaraya. 

Kalau ikutkan nak je beli barang lain.. Rambang gila mata. tahan sikit nafsu. total semua barang yang aku beli RM20. sebelum nak beli barang tu kena fikir penting ke tak penting. kalau tak, tak pasal-pasal rumah ko penuh dengan barang yang entah ape2..buat semak samun je kan... :)

BILA BERADA KAT KAMPUNG....................PART 2

Assalammualaikum w.b.t.

Lama tak menjahit. dah berbulan-bulan rasanya. lately beli baju kurung ready made je kalau untuk pergi kerja. Beli kain ela bukan main rajin. nak hantar tailor kene fikir banyak kali. Upah mahal tu satu hal, sedap tak sedap pakai tu pun satu hal jugak. adelah yang ok jahitannya cuma upah tu agak mahal lah. Tapi, takpelah kan kalau baju tu selesa n sedap pakai. kalau upah mahal, baju menggedobos (besar sangat) rasa macam nak pakaikan kat orang-orang tepi sawah tu je (akhirnya aku pakai jugak..hehe)

Ni mesin jahit mak aku. Legend sangat dah ni. Brand brothers ni yang bagusnya, walaupun mesin lama, still tahan lagi. jahitan kemas (kalau benang n jarum dipasang betul2 lah). kalau beli 2nd hand pun masih mahal lagi sebab memang betul2 berkualiti.

 Start misi menjahit baju kurung pesak gantung (baju kurung pahang). walaupun aku just ade basic jahit baju kurung biasa je, bolehlah alter sikit copy paste mane2 yang patut ikut baju contoh yang aku tempah kat kedai.

Nah..baju dah siap. Tapi, lengan tak jahit silang pangkah lagi. kolar pon belum sembat susup n jahit mata lalat lagi. Tak sempat nak siapkan. satu hari sebelum balik KL baru aku sempat nak menjahit.

ok.. Next entry tunggu aku publish baju yang dah siap ya....... see ya :)

BILA BERADA KAT KAMPUNG....................PART I

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend balik kampung tercenta di Pontian, Johor. Isnin selasa sambung cuti. Secara totalnya, 4 hari aku lepak, menenangkan diri kat kampung (bunyi macam stress je). Yup, sebenarnya kalau aku balik kampung cuti lama tu memang itulah tujuan aku. release tension, rehat dari buat kerja2 office (macam stress sangat bunyinya). Now, hari ni dah masuk kerja, much better than before lah. InsyaAllah.

Bila dah ada kat kampung, memang totally aku akan makan..makan..dan makan.. lagi2 mak tersayang ada kat depan mata. memang superb heaven lah kan. Hari-hari masak sedap (Thank You Mak!).Then, ade satu pagi tu aku buatlah breakfast ala western utk family tercinta. Mak abah aku memang totally suka nasi and makanan melayu. western ni kurang sikit. tapi sekali-sekala kenelah try makan jugak ye mak...ye abah.hehe..

 menu simple je.. spagetti bolognaise with cheese cheddar. resipi biasalah cari kat google sebab aku tak berapa expert makanan western ni. bawang guna bawang biasa, lupa nak beli bawang benggala. bedal je la kiah...

 campak-campak je.. sebab menu simple je.

 guna spagetti yg halus mcm bihun (besa sikit dari bihun) brand san roma (angel hair) 
rasa tak puas makan

Now, dah siap... hias sikit dengan cheese cheddar. then, ngaappp....