1st Ramadhan sebagai seorang isteri

salam semua.

Tahun ni merupakan tahun yang cukup bermakna dalam hidup aku. kalau tahun lepas, aku berbuka puasa sorang-sorang. belum ade laki lagi. tahun ni berbeza pula. rasa macam tak percaya dah ada laki duduk makan sekali semeja. bukan tak pernah makan semeja. tapi, tu kat kedai. lain situasi uols. 

Alhamdulillah. incik ezwan bukan seorang yang cerewet dalam soal makan. malah, die tak kisah kalau sepanjang bulan ramadhan ni nak masak ataupun nak beli ataupun makan kat luar. tapi, dia sentiasa berpesan dengan aku, supaya jangan membazir. 

so, untuk mengelakkan sebarang pembaziran, better masak kat rumah lah kan.

first ramadhan sebagai seorang isteri buat aku rasa teruja nak masak untuk suami tercinta.ewahh.... bukannya apa, aku rasa jimat kot masak dari beli kat luar. walaupun penat bekerja, aku rasa macam ade kepuasan.  boleh makan berulang-ulang, jimat banyaklah senang cerita. almaklumlah aku ni bab mentakedarah memang terer.hehe..

1st ramadhan masak simple2 je. 

bayam tumis.
wajib ada sayur kalau makan.

ayam masak merah favourite incik ezwan :)

tongkeng ayam goreng favourite incik ezwan jugak. pernahlah aku try makan, bolehlah.. tapi, sebab aku tak biasa makan, so,aku tak makan lah..hehe..

oklah..tu je menu 1st Ramadhan. Jangan lupa solat tarawikh ya.. :)

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak untuk semua....

Time for honeymoon! yeay!

Salam semua.

Time for honeymoon! yeay!

Tapi kan, destinasi belum ada lagi. so, just walk-in  cari chalet/resort yang agak-agak macam okey and sesuai dengan mood honeymoon ^___^. Yang penting, destinasi dalam negara je. bersesuaian dengan bajet. 

Lepas settle majlis kat Tambun, aku stay  rumah mentua sampai hari selasa. Petang selasa tu, kami balik dulu ke Putrajaya hantar barang-barang. Penuh gila kereta. Macam-macam benda yang nak diangkut. Sebelum pergi bercuti kereta kena bagi clear, kalau tak, berat je nak bergerak kereta comel aku tu. :)

So, Kami bergerak dari Putrajaya dalam pukul 10.00 pagi menuju ke Pantai Timur. Oh ye. lupa nak bagitahu. kenapa kami pilih Pantai Timur? kebetulan minggu tu ada wedding sepupu aku di Kuantan. So, alang-alang dah sampai Kuantan, kami pilih lah untuk bercuti di kawasan yang berdekatan (sebenarnya takdelah dekat sangat pun dengan bandar kuantan.hehe)

Dalam pukul 12.30tenghari, Kami singgah sekejap di RNR Bentong. Berhenti brunch (breakfast + lunch) tetibe rasa teringin pulak nak makan kfc.lama tak merasa katanya.

Lepas makan, perjalanan diteruskan. Destinasi walk in kami adalah Cherating. Cuma chalet/hotel apa kami tak pasti lagi. kat sana baru kitaorang nak survey. Confident pulak aku dengan laki aku kan. Tak pasal-pasal je semua hotel full-booked. tapi, rasanya tak kot. sebab cuti sekolah belum start lagi. 

Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)-Kemaman agak sedikit mencabar sebab banyak sangat lori besar/trelar. fobia aku dengan lori besar ni. Laju je masing-masing. Serammm... Keadaan Jalan raya pulak, rata-rata sepanjang jalan diselaputi debu tanah merah sebab lori tanah and kelapa sawit berulang-alik melalui kawasan tu. Syukur tak hujan, kalau tak, bertukar wajah lah kereta aku. dari putih jadi merah.

dalam pukul 3.30petang, kami sampai kawasan pantai cherating. kematu duduk dalam kereta lama-lama. duduk sebelah driver pun penat jugak tau. 
Kat atas tu Chalet first yang kitaorang survey.
port dah best sebab beach view. Interior bilik biasa-biasa je. (Gambar takde.boleh cari di google) harga macam berpatutan dengan bilik. RM100 semalam. tapi owner dia kata boleh nego harga lagi. 

Tapi, incik ezwan cakap, kalau boleh hotel yang kitaorang stay tu, suasana dalam bilik hotel tu membangkitkan mood honeymoon giteww. so, takpelah kitaorang pun try survey hotel-hotel lain pulak. 
sepanjang perjalanan tu, aku meng'google' je lah cari hotel yang best. kalau nak compare harga boleh search kat trivago.com . 

Kalau nak listing senarai hotel yang kitaorang nak survey memang banyak. especially yang low-price dan medium price. so, kitaorang kalau boleh nak yang complete package dengan breakfast. so, takdelah susah pagi-pagi kitaorang keluar hotel nak cari breakfast.

Finally, ni lah hotel yang kitaorang pilih!

Impiana Resort Cherating


kawasan lobby hotel 

bayar jangan tak bayar incik ezwan. hehe...
waktu check-in hotel ni pukul 3 petang ye....
welcome drink disediakan untuk tetamu yang datang check in (jasmine tea yg sedap!)

Pada awalnya kitaorang nak ambik bilik deluxe seaview. tapi penuh. see... time bukan cuti sekolah pun penuh uols. finally, kitaorang ambik bilik Superior Deluxe Seaview. besar sikit ruang dia. boleh main volleyball kat dalam tu. :p

jom masuk tengok bilik.....

Ruang masuk ke dalam hotel. bilik ni complete dengan almari baju 2 bijik. fridge kecik, electronic safebox (Untuk simpan barang2 berharga), Kettle, Iron, Iron board, tv dan astro.

sofa area and coffee table untuk menonton tv. 

Ruang sebelah kanan tu writting table. port settup vape incik ezwan ;p

tv lcd pun ada.

standing balconies. 
aku tak delah bersidai sangat kat luar ni. almaklumlah aku kan pemalu dengan jiran-jiran sebelah ;p

four foster queen bed yang superb empuk tilamnya. tidur tahap sampai tak sedarkan diri ;p

Day Bed by the window ni nama dia. port lepak incik ezwan nak bersantai-santai ambil angin. buang angin pun ye jugak kot ;p *larikkkkk

pixel kamera hp murah ;p blur sokmo...

ni bilik ayor. banyak kan towel dia? merata-rata. shower and bath tab untuk berendam pun ada.

bestnya bilik menghadap pantai ^___^

lepas mengangkut barang masuk bilik, lepak2 sekejap kat dalam tu, kitaorang jalan-jalan ambil angin ke pantai.

ambil gambar tu sangat penting ok. so, make sure bateri hp penuh tau!


ok.. perkara normal time tepi pantai. fefeling pengantin baru gituu... :) conteng nama sendiri and nama laki kat atas pasir. wehuuu.. :)

Tambah arrow sikit

Dah siap!

fewitt.. peluk sampai terangkat kaki. (tutup mata plz)

i'm so happy. tq abi!!

lepas lepak pantai, bersantai tepi pool pulak cuci mata. :)


incik ezwan dengan vapenya. asal posing je hidung die keluar asap 

see... mesti ada asap punya idung dia. berasap pulak kite tengok ;p

Malam tu, incik ezwan cadang nak bawak aku pergi cherating village. satu kawasan yang dulu dikatakan sangat meriah . Lebih kurang macam kawasan street shop kat langkawi tu. kononnya nak makan kat area situ. ala-ala candle lite dinner tepi pantai. bila sampai kat sana, ada certain kedai je yang beroperasi. kedai jual pelampung dengan beberapa kedai makan. 

at last, kami singgah Intan Seafood Restaurant untuk makan malam. persekitaran restoran tu bersih dan betul-betul terletak di tepi pantai. dekat juga dengan kawasan perkuburan. tapi, takde hal lah kan. tenang juga makan kat area situ.

design kedai yang sangat  meriah. orang pun boleh tahan ramai juga.

kami order kailan ikan masin.

pisang blended dan manga blended.

sotong masak sambal petai

udang goreng tepung. 
besar bapak udang ni. adik tu tanya kami, nak udang biasa ke udang rimau? kami cakap lah udang biasa sebab risau mahal sangat. sekali lauk sampai kat meja, ambik kaw, udang besar penumbuk. kalau order udang rimau tadi, besar tapak kaki agaknye. huhu..

kerapu stim

lauk kami malam tu. order makan untuk dua orang. tapi dapat lauk makan untuk 4-5 orang. jenuh nak perabis. sudahnya, menapau bawak balik hotel sambung makan. 

silap kami, sepatutnya order untuk sorang makan. so, menu malam tu jadi mahal sebab portion besar. udang 6 ekor RM54. mana taknya. tengok saiz pun terkejut beruk. TOtal makan malam tu lebih kurang RM109. adui.. korang rase berbaloi tak....?









































MAJLIS BERTANDANG SHURIANA & EZWAN (24.5.2015)

salam semua..

Kalau nak diikutkan lama juga gap antara majlis sebelah aku dan sebelah Incik Ezwan (Husband). aku dan Incik Ezwan ambil cuti 2 hari je selepas majlis. bukannya apa, memikirkan selepas berumahtangga ni lagi banyak cuti kitaorang nak guna, lebih-lebih lagi untuk majlis sebelah lelaki then honeymooon then bla..bla....bla... macam2 perancangan pulak lepas tu kan :) 

settle majlis sebelah aku, kitaorang pun balik ke Putrajaya bekerja macam biasa. masuk office macam biasa, pekakkan telinga je lah. masing-masing membahan aku macam-macam. biaselah beb, orang baru kahwin memang confirm akan lalui perkara yang sama. ;p

sebelum majlis di ipoh, family aku singgah tidur 1 malam kat rumah aku. so, dalam hari sabtu pagi, kitaorang konvoi 3 kereta dari putrajaya ke ipoh dengan family dan pakcik makcik aku. Incik Ezwan pulak dah balik ipoh dulu 2 hari awal (hari khamis) sebab banyak urusan yang perlu disettlekan kat sana. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku and Family stay kat Homestay area Taman Desa Tambun 

24 Mei 2015

MUA datang mekap aku dalam pukul 10.30. kalau ikutkan start mekap pukul 10 pagi. Walaupun lewat sikit, aku hope mekap ok and MUA dapat siapkan aku sebelum pukul 12 tengahari. Pakej MUA + pelamin + makan beradab memang murah. Tambah pulak Kak Fara ni kenalan Incik Ezwan. boleh lah nego harga. 

Ok tak mekap aku.? huhu.. ni bestfriend aku, cik aida. dulu dia  boss aku. Sampai sekarang kami masih keep in touch walaupun dia dah kat division lain. 

My lovely parents.miss u both... T_____T

kawan office Incik Ezwan, Mun dan keluarga.

Mommy to be Yan and Hot mommy, Mia.

Airil, Anjoy and pee. Tiga2 kawan baik Incik Ezwan. susah senang sama-sama. wife airil tak ada masa ni sebab masih lagi berpantang kat kampung. Bini2 dieorang oun ikut rapat sekali dengan aku. Nasib baiklah time lepak, dieorang ni bole masuk dengan aku. 

My lovely siblings

wefie jangan tak wefie

sebelah kiri tu adik beradik abang ipar, Kak Yan and wida. Kebetulan family abang ipar orang Ipoh jugak. 

Officemate Incik Ezwan datang dengan rombongan bas. terima kasih banyak-banyak pada korang sebab sudi datang memeriahkan majlis kami. 


My lovely bestie, Cik Eyeda n hubby

Acara memotong pulut kuning (tradisi orang perak). kat dalam mangkuk kaca tu, Rendang daging.

sepupu sepapat aku.

cute sangat tengok pict ni sebab tengok abah n mak aku posing teropong ni. susah nak tengok dieorang posing macamni. comel je...hehe... kalau bagi abah aku tengok pict ni mesti tergelak-gelak dia.

sekodeng lagiiik.....

oiiii..oiiiii.. *jerit camtu lah kott ^____^

Lambai sikit.................

Tah ape la aku sembang dengan Incik Ezwan aku masa ni. muke laki aku herot, aku pulak ternganga macamtu.


Masa ni, Family aku semua dah balik homestay untuk berkemas barang then terus balik ke Johor. aku pulak tukar selipar siap-siap sebelum bertempur di medan peperangan. kalau pakai heel, mau terpeleot kaki aku..ngehngehngeh...

muke aku tak bole blah. sampai terkeluar gigi aku.

Incik Ezwan memulakan peperangan 

ooookkkkk turn aku pulak...serang!!!!!

ok.. pengantin kena serang dulu... redha....

Siram jangan tak siram.. habis kena buli dengan sepupu incik ezwan. 

selagi ade punca air, selagi tulah masing-masing kena tembak air.





adoiyai anak buah incik ezwan yang depan tu. orang dah curah air masuk pinggan pun die masih teruskan makan lagi. lapar bebeno budak-budak ni. 

pistol air aku entah ke mana. memang redha je lah kalau kena tembak.


top to toe basah kuyup. dengan kakak ipar, mak mertua aku pun basah kuyup jugak. sejuk sikit kan, 

basah2 pun masih lagi nak posing.

oh my MIL n FIL yang sangat sporting. Alhamdulillah.
masa ni semua sedara mara dah balik. tinggallah family laki aku. baju kitaorang pun masa ni dah kering sikit. time ni lah family in law aku baru boleh bergambar.

oh..mulut ku... again... 


Family Abg Izarul, Abang Incik Ezwan yang sulung


Family Kak Linda, Kakak Incik Ezwan yang Kedua

Ni pulak, anak yang ketiga....yang paling bongsu, gedik dan manja... sebelah tu bini dia... eh..................*larik





flying kiss ^___-







macam-macam gaya yang mencuit hati kami. 

Lega hati aku dan suami sebab perkara yang wajib telah pun dilaksanakan. Majlis sebelah perempuan dah setel, sebelah lelaki pun Alhamdulillah dah selamat. Selepas ni banyak lagi perkara yang kami akan lalui. Susah dan senang kehidupan kami berkongsi sama-sama. Makan dan minum bukan lagi untuk aku sorang. lepas ni berdua. Mudah-mudahan dirahmati dan dipermudahkan OlehNya. Aminn...