WEEKEND : PORT DICKSON BEACH

kejadiannya hari ahad lepas. baru hari ni nak cerita. huhu. biasalah, nak cerita semua bende satu hari memang takkan habis, modal pun takda. so, simpan lah dulu kan.. haha..

lama gila tak lepak kat sini.. last pergi sini 2 tahun lepas kot. kesian gila aku ni..hahaha.. macam baru nak tengok dunia je.. lama gila tak pergi bercuti. dulu aku ke PD, (Tiara Beach Resort) sebab join Family Day abg ipar aku.. 
nampak tu.. macam jakun je kan gayanya.. sengih sampai telinga bila pijak pasir. haha. pict ni snap kat pantai ape tah. aku pun tak ingat. cadangnya nak ke Teluk Kemang. tapi, masa on the way nak ke sana, aku ngan Mr.E  ternampak pulak askar ramai-ramai kat tepi pantai ni tengah berbaris, so, kitaorang pun berhentilah kat situ dulu. nak tengok2 jelah apa yang ada. kot2 dieorang ade buat aktiviti best ke kan. 
tak banyak pict yang di snap.. ni je la...
samelah pulak dengan gambar header. wehuu.. aku suka gila pict ni (bangga sendiri). Bukan sebab ada muka aku yang menyegih macam JOKER tu.. tapi sebab view pantai kat belakang nuu...

InsyaAllah next time akan datang lagi kat sini. kalau datang sekejap-sekejap memang rase tak best lah. Kalau dapat picnic kat sini dari pagi sampai petang, syok lah jugak kan... 




WEDDING : IZAN & KHALIS PART 2

Nak perabis cerita izan nikah bawak ke sanding ambil masa sampai 2 hari. mihmih.. sempat upload gambar je semalam. nak buat cerita tak sempat. banyak kerja katanya. 
Mak and Pak Andam instant. Mak Andam sebenar lari sekejap pergi rumah tumpangan pengantin lelaki nak siapkan pengantin lelaki. So, bab2 pasang n peniti Crown, Mak Andam campak kat kitaorang. dengan Kameraman sekali tolong pin kan crown (seperti dalam gambar di atas) kelakar abes. 
Inai tangan dan kaki izan di lukis oleh seorang student.. (macam tak kena je ayat)
upah RM120.
sebenarnye ni cerita selepas majlis nikah and sebelum serbu bilik pengantin izan. masuk dalam kereta shai dulu, teman budak 2 orang yang kat depan tu tacap mekap. pagi2 keluar rumah tak sempat nak mekap. 
lepas mekap, apelagi....selfie la kan.. haha
pengantin kita ni nampak je muka tenang, padahal mulut pokpekpokpek je.. haha
bersungguh bertul muka cik miera ni dok pin shawal n veil si izan ni..




serius kalau jadi pengapit, aku tak tau nak buat reaksi muka camane. nak senyum ke, nak statik je ke.. kalau snap gambar kandid kompem banyak muka ketat (bak kata kameraman). sebab aku bukan fotogenik. hukhuk

makan beradab....
amacam sama tak muka weols....?


kek untuk acara potong kek.. kek ni sebenarnye bertingkat2.. mintak tolong member snapkan. ni je lah yang dapatnya.. comel kan... siap ade butterfly lagi...
Nak gak posing ngan pengantin. sebagai kenangan. lepas ni tak bolehlah hang out selalu macam dulu2...

bridemaid gedik2 ngan bunga... aku je yang tak dapat pegang bunga tu. mungkinkah giliran mereka untuk dipuankan selepas ni...? INsyaAllah...

Cik Masyitah, Ain, Aku n Shai


Bile geng2 sukan berkumpul terasa meriah. bukannya senang nak kumpul sesama. kitaorang kenal pun melalui sukan Jabatan. start dari situlah kitaorang rapat walaupun lain division. 
sumber : FB izan.. hehe... cilok...
ni pun cilok gak.. gambar dari whatsapp group. 


Selamat pengantin baru izan and suami. semoga berkekalan ke akhir hayat, dikurniakan anak yang soleh n solehah.. yang penting, taat pada perintah suami...hehe... 


SOLEMNIZATION : IZAN & KHALIS PART 1

Assalammualaikum....

Sabtu lepas (1/3/14), wedding BFF aku, Izan.. ramai orang cakap muka dia ni sama dengan aku. Ade yang kata kembar la... adik beradik la.... sepupu sepapat la.... kitaorang pun tak tau tang mana yang sama kat muka kitaorang ni. 

Majlis pernikahan berlangsung jam 9.30 pagi di kediaman Izan, Taman Rasah Jaya, Seremban. 
My Bff, Izan berseri2 di hari pernikahan. Sedang menanti bakal husband tiba masa ni.
Aku dilantik sebagai tukang kepit dia sepanjang majlis (Pengapit laaa....) tertonggeng sana sini. burok seh!
Pengantin lelaki dah sampai, tunggu Tok Imam pulak. 
Sesi bacaan taklik oleh Tok Imam sebelum akad nikah. kalau kat Johor, taklik akan dibacakan sendiri oleh pengantin selepas selesai Akad nikah. 
Upacara pernikahan bermula.. berdebar2 si Izan.. muka cuak semacam je makcik tu.. 
Menanti untuk upacara membatalkan air sembayang
Salam suami... jangan tak salam


lega noooo dah selamat dinikahkan....hilang semua rasa debar..Then, menunggu untuk moment bersanding lak untuk petang tu...



Ok.. now, times for bridemaid menggedik pulak depan kamera. tadi dah kasi can kat ratu sehari kita bergambar kaw2 punya. 

Aku n Izan. 
Lawa kan baju Izan.. berkenan betul aku dengan dress dia yang cun tuh. Colour dah confirm colour favourite dia.. Mint Green and lagi satu die request kat bridemaid dia pakai colour peach n of course favourite colour die juga... hehe... susah wooo nak cari  colour soft peach nih. nasib baik jumpa. takpelah, demi izan yang tersayang.. cewahh
oit..jangan lebih2... tunggu malam karang la... haha
eee...malu lah weii...
unlimited selfie by weols....wehuuuu....
yang depan tu shai, yang kanan tu Miera.. and i yang kiri tu.. mihmihmih



ok guys.. tunggu gambar sanding plak kat entry seterusnye ye... daaaaaa....